Jom Bercuti ke Pangkor Laut Resort

April 26, 2019

Jom Bercuti ke Pangkor Laut Resort

Kalau sebut nama Pulau Pangkor, rasanya tak payah nak diperkenalkan lagi bukan. Pulau Pangkor merupakan salah satu pulau yang menarik di dalam Malaysia yang perlu dilawati dan bercuti. Pulau Pangkor, adalah sebahagian daerah Manjung dalam Perak ini terletak di perairan Selat Melaka. Untuk bercuti ke Pulau Pangkor, pengunjung perlu menaiki feri dari Lumut. PTempoh perjalanan feri juga sangat singkat untuk ke sana. Jadi tak perlu risau kalau ada mabuk laut tu. Feri yang disediakan pun selesa dan memenuhi kehendak pelanggan.




Untuk percutian menarik bersama keluarga ataupun orang tersayang, Lia nak syorkan satu lagi daya tarikan kat sini iaitu Pangkor Laut Resort. Mungkin ramai yang tak tahu Pangkor Laut tak sama sebenarnya dengan Pulau Pangkor. Ia merupakan satu pulau “private” bersebelahan & dekat dengan Pulau Pangkor. Pangkor Laut pun salah satu wishlist tempat dalam Malaysia yang Lia nak sangat kunjungi.



Selalu juga Lia dengar feedback positif mengenai tempat ini lagi-lagi lah tempat yang lawa & bilik yang selesa. Kalau nak bercuti tenangkan fikiran mestilah bilik kena selesa dan cantik, tambah dengan pemandangan yang memukau, barulah boleh cuti dengan tenang tanpa gangguan kan. Boleh dikatakan bilik kat Pangkor Laut ni laku keras macam pisang goreng panas. Cepat sangat bilik kat sini fully booked. Nak dapatkan bilik Sebelum kehabisan  untuk bercuti kat boleh book cheap Pangkor Laut Resort rooms sekarang.



Pangkor Laut sebenarnya adalah sebuah pulau ‘private’ yang jaraknya lebih kurang tiga batu dari pesisir pantai Semenanjung Malaysia kat Selat Melaka. Pulau ini sudah berada sejak 2 juta tahun dahulu dan boleh menjumpai salah satu resort utama yang dibuat di bawah teduhan hutan gergasi yang sama usianya dengan pulau. Pangkor Laut mempunyai kelainan yang tersendiri di mana tersembunyi di teluksekitar pantai yang bersih, pemandangan petang yang memukai dan suasana yang mendamaikan. Keluasan pulau sebanyak 300 ekar, dan hanya suku pulau sahaja dibangunkan untuk pembinaan resort dan lapan estet. Bangunan-bangunan kayu bergabung dengan hutan umpama alam yang menjadi arkitek membuatkan bagaimana dinding dibina dikelilingi rimbunan dan bumbung terbuka supaya pokok-pokok dapat naik ke langit. Rata-rata orang kat sini memang menghormati alam semulajadi di sini. Anda boleh bayangkan bagaimana tempat ini terjaga.



Untuk rakyat Malaysia yang belum tahu, Pangkor Laut Resort cukup terkenal di mata dunia dan dinobatkan sebagai 'One of the Top Resort in Asia' oleh Conde Nest Travelers Readers Choice Awards tahun 2017. Kebanyakan orang tempatan sudah mengetahui pulau pangkor laut ini memang dikenali cukup mewah dan harga nya tinggi dan mahal membuatkan ramai rasa kurang kemampuan. Walhal bagi orang luar lagi orang Barat memang suka dan inginkan suasana 'paradise' seperti yang digambarkan oleh penyanyi terkenal Luciano Pavarotti yang pernah menginap sini.


Satu yang perkara yang pengunjung perlu ketahui, Pulau Pangkor dengan Pulau Pangkor Laut adalah 2 pulau yang berbeza namun kedudukannya berdekatan. Pangkor Laut adalah private island yang dibangunkan oleh YTL manakala Pulau Pangkor adalah pulau yang semua orang dah sedia maklum. Disebabkan lokasi yang berbeza, jeti untuk bot ke dua pulau ini juga berlainan. Kalau Lumut sebagai jetty untuk ke Pulau Pangkor tapi kalau ingin ke Pangkor Laut, ada jetty dan terminal khas disediakan iaitu di kawasan Marina Island.

Kawasan pantai dan laut di sini semuanya cantik dan terjaga dengan baik. Keluasan pulau ini ialah 300 ekar dan hanya sebahagian kecil dibangunkan untuk resort manakala selebihnya ialah hutan hujan tropika yang tak pernah diusik. Udara kat sini sangat nyaman dan dipenuhi dengan kehijauan pokok dan hutan. 


Aktiviti wajib kalau datang ke sini mesti kena cuba perkhidmatan ‘spa’ di sini. Sebelum bermulanya urutan, pengungjung akan di bawa untuk melaui proses ritual seperti mandi di kolam, menghirup aromatherapi, mandian traditional jepun, scrub badan dan berendam di kolam air panas. Proses ritual ini mengambil masa lebih kurang satu jam.



Lia dapat bayangkan percutian di Pulau Pangkor semestinya sangat ‘relax’ dan menenangkan. Pulau Pangkor ini sesuai di kunjungi terutamanya oleh orang yang nak berbulan madu. Ada banyak aktiviti menarik yang boleh buat kat sini antaranya jalan kaki ayam di pantai bersih, mandi laut yang tidak tercemar, yoga, sunset cruise, tenis dan banyak lagi. Menarik bukan?

Aduhai hati terus rasa berkobar-kobar dan bercuti di sini. Kalau boleh nak secepat yang mungkin. Tapi sebelum tu sabar dulu nak kerja kuat & simpan duit banyak-banyak boleh datang sini kan. Bila stress datang bercuti tenangkan otak dan fikiran kat sini memang akan rasa berbaloi. Lagipun Lia dah jumpa cheap hotel booking kat Pangkor Laut , memang best rate yang boleh kita dapat.

Jom Bercuti ke Pangkor Laut Resort 

You Might Also Like

18 inspiration

  1. heyyyyyyyyy.. tenang nya !! kakak nak bercuti tapi keje banyak.. huu~ nanti dah lapang sikit boleh lah kot.. kakak refer entri lia ya..

    ReplyDelete
  2. lama tak pergi Pangkor... banyak perubahan dah ye. makin cantik pula tengok pemandangan nya.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya ya Allah. Dah lama plan nak ke Pangkor tapi tak lepas lepas lagi even dah sampai Perak. Bukan rezeki lah namanya tu.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya tempat ni. Kalau sampai sini metsi nak bergambar tak henti-henti. Dah lama jugak tak pegi Pangkor. Last zaman uni dulu je.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya tengok Pangkor Laut ni hehehe kita ada cite-cite juga nak pergi sana kalau ada berkesempatan dan peluang tidur satu malam pun jadi lah hehehehe rasa nak pergi bercuti lagi...

    ReplyDelete
  6. Onie tak pernah sampai lagi Pulau Pangkor ni. Rasa teringin jugak nak pergi tapi entah bila. Lumut selalu jugak sampai, tapi tulah. Belum ada rezeki nak ke Pulau Pangkor. Sobsobsob

    ReplyDelete
  7. This island really looks beautiful and serene. I have yet to visit this paradise. Hopefully I can go there asap. :D

    ReplyDelete
  8. pangkor laut nie memang dah masuk dalam wishlist utk pergi dan lawat. memang cantik dan pemandangan di sana sangat indah. hotel2 dan resort di sana pon cantik2. sesuai dijadikan lokasi utk bercuti dan beristirehat

    ReplyDelete
  9. Cantik nya view Pangkor Laut ni... Masa bujang dulu 20thn dulu adalab pegi, now tentu lagi cantik.
    Wish one day nak pegi lagi. Tenang nya kat sana

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi sampai sini tapi dah sampai lumut. tahun lepas pergi resort mengadap pulau pangkor. memang cantik sunset view tepi pantai. kalu kat pulau tu confirm lagi cantik. kalu ada rezeki boleh la datang holiday ke sini..

    ReplyDelete
  11. Bonde tak pernah jejak kaki dekat Pulau Pangkor ni, Kalau dalam masa terdekat nak bercuti lagi ajaklah Bonde he he he cantik sekali Pemandangan Pulau Pangkor.

    ReplyDelete
  12. Subhanallah. Cantiknya pemandangan di Pangkor Laut Resort ni Lia. Pandangan dari atas pun dah cantik. Tengok gambar dah cantik kalau jejak kaki ke sana apa entah lag . Speechless tengo . Boleh plan bercuti ke sini nampak gayanya.

    ReplyDelete
  13. tok laki k.el sllu ajok pi pulau pangkor ni..tp tu lah k.el x suka p sini sbb xde byk yg menarik..tp kalau ajok pi pulau pangkor resort ni..mau lah..gila tak mau..dia punya bilik pun wow..dia punya view pun wow..semua wow..ni pun dlm wishlist gak ni..huhu

    ReplyDelete
  14. Cantik betul view pangkor resort ni. Lama kot tak ke pangkor. Last pergi masa baru kawin dulu. Pangkor resort ni kalau nak pergi ke sini, kena buat saving sikit sebab harganya pun not bad jugakla.

    ReplyDelete
  15. Cantik tempatnya.. Nad pernah pergi pulau pangkor bahagian man lupa pulak.. Best dpt pergi.. Banyak aktoviti boleh lakukan.. Nak pergi lagi rasanyaa.. Boleh masuk dalm list ni... Boleh kumpul duit utk pergi sini

    ReplyDelete
  16. Bestnya dapat bercuti ke sini wak. teringin la nak ke sini satu hari nanti. tempat dia cantik. bestnya dapat pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan yang sporting.

    ReplyDelete
  17. Sis dah pernahlah sekali duduk di pangkor laut resort ni, kenangan yg tak mungkin dilupakan, entah bila lah dapat kesana lagi tak tahulah. Memang cantik tempat ni..cuma mahal lah nak duduk kat situ

    ReplyDelete
  18. Bonde singgah sini, buat survey nak pergi cuti sekolah nanti tq Lia atas info yang dikongsikan :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community