Jom Bercuti ke Pangkor Laut Resort

Kalau sebut nama Pulau Pangkor, rasanya tak payah nak diperkenalkan lagi bukan. Pulau Pangkor merupakan salah satu pulau yang menarik di dalam Malaysia yang perlu dilawati dan bercuti. Pulau Pangkor, adalah sebahagian daerah Manjung dalam Perak ini terletak di perairan Selat Melaka. Untuk bercuti ke Pulau Pangkor, pengunjung perlu menaiki feri dari Lumut. PTempoh perjalanan feri juga sangat singkat untuk ke sana. Jadi tak perlu risau kalau ada mabuk laut tu. Feri yang disediakan pun selesa dan memenuhi kehendak pelanggan.




Untuk percutian menarik bersama keluarga ataupun orang tersayang, Lia nak syorkan satu lagi daya tarikan kat sini iaitu Pangkor Laut Resort. Mungkin ramai yang tak tahu Pangkor Laut tak sama sebenarnya dengan Pulau Pangkor. Ia merupakan satu pulau “private” bersebelahan & dekat dengan Pulau Pangkor. Pangkor Laut pun salah satu wishlist tempat dalam Malaysia yang Lia nak sangat kunjungi.



Selalu juga Lia dengar feedback positif mengenai tempat ini lagi-lagi lah tempat yang lawa & bilik yang selesa. Kalau nak bercuti tenangkan fikiran mestilah bilik kena selesa dan cantik, tambah dengan pemandangan yang memukau, barulah boleh cuti dengan tenang tanpa gangguan kan. Boleh dikatakan bilik kat Pangkor Laut ni laku keras macam pisang goreng panas. Cepat sangat bilik kat sini fully booked. Nak dapatkan bilik Sebelum kehabisan  untuk bercuti kat boleh book cheap Pangkor Laut Resort rooms sekarang.



Pangkor Laut sebenarnya adalah sebuah pulau ‘private’ yang jaraknya lebih kurang tiga batu dari pesisir pantai Semenanjung Malaysia kat Selat Melaka. Pulau ini sudah berada sejak 2 juta tahun dahulu dan boleh menjumpai salah satu resort utama yang dibuat di bawah teduhan hutan gergasi yang sama usianya dengan pulau. Pangkor Laut mempunyai kelainan yang tersendiri di mana tersembunyi di teluksekitar pantai yang bersih, pemandangan petang yang memukai dan suasana yang mendamaikan. Keluasan pulau sebanyak 300 ekar, dan hanya suku pulau sahaja dibangunkan untuk pembinaan resort dan lapan estet. Bangunan-bangunan kayu bergabung dengan hutan umpama alam yang menjadi arkitek membuatkan bagaimana dinding dibina dikelilingi rimbunan dan bumbung terbuka supaya pokok-pokok dapat naik ke langit. Rata-rata orang kat sini memang menghormati alam semulajadi di sini. Anda boleh bayangkan bagaimana tempat ini terjaga.



Untuk rakyat Malaysia yang belum tahu, Pangkor Laut Resort cukup terkenal di mata dunia dan dinobatkan sebagai 'One of the Top Resort in Asia' oleh Conde Nest Travelers Readers Choice Awards tahun 2017. Kebanyakan orang tempatan sudah mengetahui pulau pangkor laut ini memang dikenali cukup mewah dan harga nya tinggi dan mahal membuatkan ramai rasa kurang kemampuan. Walhal bagi orang luar lagi orang Barat memang suka dan inginkan suasana 'paradise' seperti yang digambarkan oleh penyanyi terkenal Luciano Pavarotti yang pernah menginap sini.


Satu yang perkara yang pengunjung perlu ketahui, Pulau Pangkor dengan Pulau Pangkor Laut adalah 2 pulau yang berbeza namun kedudukannya berdekatan. Pangkor Laut adalah private island yang dibangunkan oleh YTL manakala Pulau Pangkor adalah pulau yang semua orang dah sedia maklum. Disebabkan lokasi yang berbeza, jeti untuk bot ke dua pulau ini juga berlainan. Kalau Lumut sebagai jetty untuk ke Pulau Pangkor tapi kalau ingin ke Pangkor Laut, ada jetty dan terminal khas disediakan iaitu di kawasan Marina Island.

Kawasan pantai dan laut di sini semuanya cantik dan terjaga dengan baik. Keluasan pulau ini ialah 300 ekar dan hanya sebahagian kecil dibangunkan untuk resort manakala selebihnya ialah hutan hujan tropika yang tak pernah diusik. Udara kat sini sangat nyaman dan dipenuhi dengan kehijauan pokok dan hutan. 


Aktiviti wajib kalau datang ke sini mesti kena cuba perkhidmatan ‘spa’ di sini. Sebelum bermulanya urutan, pengungjung akan di bawa untuk melaui proses ritual seperti mandi di kolam, menghirup aromatherapi, mandian traditional jepun, scrub badan dan berendam di kolam air panas. Proses ritual ini mengambil masa lebih kurang satu jam.



Lia dapat bayangkan percutian di Pulau Pangkor semestinya sangat ‘relax’ dan menenangkan. Pulau Pangkor ini sesuai di kunjungi terutamanya oleh orang yang nak berbulan madu. Ada banyak aktiviti menarik yang boleh buat kat sini antaranya jalan kaki ayam di pantai bersih, mandi laut yang tidak tercemar, yoga, sunset cruise, tenis dan banyak lagi. Menarik bukan?

Aduhai hati terus rasa berkobar-kobar dan bercuti di sini. Kalau boleh nak secepat yang mungkin. Tapi sebelum tu sabar dulu nak kerja kuat & simpan duit banyak-banyak boleh datang sini kan. Bila stress datang bercuti tenangkan otak dan fikiran kat sini memang akan rasa berbaloi. Lagipun Lia dah jumpa cheap hotel booking kat Pangkor Laut , memang best rate yang boleh kita dapat.

Jom Bercuti ke Pangkor Laut Resort