Salam dan Hai semua,

www.liahasty.com

Lia nak bawa korang semua makan di salah sebuah kafe terletak di CUBOPARK, Pulau Pinang. Rasanya ada dah tahu mengenai CUBOPARK ada lagi yang masih xtau. CUBOPARK merupakan Penang First Pop-up Mall concept.







CUBOPARK @ Chusan konsep pusat beli-belah pop-up pertama di Pulau Pinang yang terletak di lokasi utama Tanjung Tokong, menggabungkan makanan runcit, makanan jalanan dan budaya kreatif dalam persekitaran yang tersergam, memberi inspirasi, menggunakan bekas perkapalan tersuai.

Kawan blogger Lia, Olivia telah membuka satu kafe bernama YUJO di CUBOPARK. Dia juga mengajak Lia untuk mencuba dan memberi komen makanan di kafe. Jom Lia nak tunjukkan dekat korang semua apa lagi makanan sedap yang ada di kafe YUJO milik Olivia ini.

Lokasi Kafe YUJO 



Kafe YUJO terletak utara Pulau Pinang dan beralamat di A2-09 Cubopark 6, 11200 Tanjung Tokong Pulau Pinang

Mengenai Kafe YUJO

Kafe YUJO khususkan diri dalam bahan-bahan segar, tempatan, lestari dan organik. Ia menggayakan makanan yang selesa, sedap & segar.

Lia tahu alau sebut pasal kafe Pork-Free mestilah ramai yang risau lagi-lagi orang muslim bukan ❓ Tapi jangan risau kafe YUJO ini memanglah kafe pork-free tetapi kesemua bahan mentah yang digunakan adalah dari pembekal yang Halal. Kafe ini menerapkan mesra pelanggan terutamanya pelanggan beragama muslim dan juga bangsa lain.

Dekorasi Kafe YUJO







 Dekorasi dalaman kedai juga agak cozy, simple, satu warna putih dan yang paling penting bersih. Kerusi dan meja juga teratur dan kemas.


Pada 22 Jun yang lepas, Kafe YUJO telah dibuka secara rasmi dengan mengadakan soft launch.

Sajian dan Menu di Kafe YUJO


Sajian disini dihidangkan dalam Rice Bowl, Snacks & Sando (Sandwich), Dessert(Kakigori) & Beverage (Special Drinks)

RICE BOWL

📌Angus Beef Rice Bowl @ RM28.90
Menu Recommended👍 
Nasi yang dihidangkan dengan perapan daging yang sedap bersama telur separuh masak.

 📌Curry Chicken Rice Bowl @ RM15.90
Menu Recommended👍 
Nasi bersama kuah kari + daging ayam + telur separuh masak

 SNACKS & SANDO (SANDWICH)

📌Tamago Sando @ RM12.90

DESSERT

📌Pandan Creme Brulee @ RM7.90
Menu Recommended👍 
Kalau datang kafe sini patut cuba dessert ni memang sedap permukaan atas creme brulee dimakan bersama dengan pulut kacang merah di bawah.

BEVERAGE


📌Cherry Blossom @ RM12.90

 📌Peach Pop @ RM12.00

 BIRTHDAY PROMOTION


Jika hari lahir anda semakin dekat jangan lupa raikan bersama Kafe YUJO.
Tunjukkan IC anda dan tempah 3 hari awal, anda akan dapat Kek Mini secara percuma. 

Kebetulan birthday Lia bulan Jun lepas, Lia sempat merasa kek mini perisa coklat memang sedap!

Lia dah cuba, anda bila lagi ❓

Jangan lupa singgah dan support Kafe YUJO milik kawan baik Lia, Olivia.

Kafe YUJO

Alamat: A2-09 Cubopark 6, 11200 Tanjung Tokong Pulau Pinang

Waktu Operasi: 
4.00 petang hingga 11 malam (Setiap hari Ahad sampai Khamis)
4.00 petang hingga 12 malam (Setiap hari Jumaat dan Sabtu)

No Tel: +6012-595 1537
Email : thisisyujo@gmail.com


#yujocafe #yujocafepenang