Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Session di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang

July 09, 2019

Salam dan Hai semua πŸ™‹,

Kalau sebut pasal Taiwan mesti lah dah imagine Bubble Milk Tea kan ❓ Lagi-lagi fenomena Bubble Milk Tea dah melanda Malaysia dan ramai orang sanggup beratur panjang untuk dapatkan minuman ini. Taiwan juga salah satu negara yang dalam travel negara yang patut dikunjungi. Taiwan juga negara maju setanding negara Asia yang lain dari segi pembangunan, dan ekonomi negara. 

www.liahasty.com
Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Session di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Pada 6 Julai yang lepas, Lia dapat jemputan ke 'Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Session' di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang dan bermula pada pukul 10 pagi hingga 1 petang. Acara ini juga sempena 'Taiwan Expo 2019' yang berlansung selama 2 hari berturut-turut pada 5 dan 6 Julai 2019.

 Taiwan Expo 2019 untuk kerjasama dalam industri halal antara Malaysia & Taiwan. Dengan ini produk Halal yang terbaik dari Taiwan akan disampaikan ke Malaysia. 

Mengenai Taiwan Expo

 Taiwan Expo merupakan penyertaan julung kali buat TAITRA membawakan pelbagai industri keluaranTaiwan yang dipamerkan secara besar-besaran di luar negara. Dipandu oleh empat idea utama iaitu Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan, Pengembangan Bakat, Perkongsian Sumber dan Hubungan Serantau. Di samping produk pameran, ekspo ini juga akan menganjurkan perniagaan-perniagaan dan forum-forum pertemuan yang berasaskan industri yang bertujuan untuk meningkatkan interaksi B2B selain pertukaran budaya dan kebajikan aktiviti masyarakat untuk mempromosikan dan memajukan kehidupan yang lebih baik dan memningkatkan industri imej.

Penerangan Logo Taiwan Expo


www.liahasty.com

Logo yang direka khusus untuk Taiwan Expo di Malaysia menggabungkan reputasi Taiwan sebagai kerajaan rama-rama dan kemegahan harimau Malaysia untuk menandakan kerjasama erat kearah manfaat bersama.

Sempena Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Session ini juga kami dapat mempelajari 
1) Sesi Perkongsian Taiwan Halal Bubble Tea
2) Nyonya Cuisine Delights menggunakan bahan-bahan halal Taiwan yang diketuai oleh Penang Celebrity Chef Nurilkarim. 
3) Produk Kecantikan Halal khas untuk produk skincare dan kosmetik halal Taiwan 

www.liahasty.com
Bergambar di salah satu sudut di Taiwan Expo 2019
www.liahasty.com
Bergambar di salah satu sudut di Taiwan Expo 2019
Lia dengan beberapa rakan blogger sampai awal dan kami daftar dahulu sebagai media. Sementara menunggu rakan media dan tetamu yang lain tiba dan daftar, kami sempat ambil gambar di beberapa sudut yang menarik.

www.liahasty.com

Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Session di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Majlis telah bermula dah diteruskan dengan ucapan dari Mr. Walter M. S. Yeh
iaitu President & CEO of Taiwan External Trade Development Council (TAITRA), Mrs. Sharifah Nazreen Farhana iaitu Director of Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) Northern Regional Office, Mr. Nick K. Ni iaitu Chief Secretary of Bureau of Foreign Trade (BOFT) dan yang terkakhir dari Mr. Mohamad Firhan Ghouse iaitu General Manager, Penang International Halal Hub (Halal Penang)

www.liahasty.com
Perasmina Mydin Taiwan Halal Food Fair di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Majlis diteruskan dengan perasmian “MYDIN TAIWAN HALAL FOOD FAIR” dan juga sesi bergambar bersama semua vendor. Pusat Halal Taiwan juga akan mengadakan Pesta Makanan Halal Taiwan tahun ini selaras dengan pasaraya Halal Malaysia yang terkenal Mydin, yang berkembang ke pasaraya Mydin di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk mempamerkan lebih 100 produk halal dari Taiwan. 

www.liahasty.com
Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Session di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Acara simbolik dengan membawa seorang demi seorang wakil syarikat yang terlibat dalam pemasaran Halal food yang dibawa naik beca hingga ke hadapan stage. Wakil syarikat ini akan menerangkan produk mereka dengan lebih terperinci dan juga ada sesi soal jawab (Q&A). Di sini baru kami tahu banyak produk makanan dari Taiwan yang telah mendapat pengiktirafan sijil Halal. Oleh itu lebih mudah untuk mereka pasarkan produk mereka negara muslim friendly seperti Malaysia. Antara syarikat yang terlibat ialah:
1. FUFANN ENTERPRISE CO., LTD.
2. KUO JER ENTERPRISE CO., LTD. 
3. SHIH CHEN FOODS CO., LTD. 
4. YILAN ANYONG LOHAS CO., LTD. 
5. YUNG SOON LIH FOOD MACHINE CO., LTD. 
6. ANYONG BIOTECHNOLOGY, INC.
7. CITYQUEEN INTERNATIONAL CO., LTD. 
8. Naturalism Farm
9. UNION RICE CO., LTD. 

Cooking Demo daripada Penang Celebrity Chef Nurilkarim
Kami juga dapat melihat “Savoring Halal, Experiencing Taiwan” Cooking Demo daripada Penang Celebrity Chef Nurilkarim. Chef memasak dua resepi Nyonya Cuisine Delights menggunakan bahan-bahan halal Taiwan. Antara resepi yang dimasak ialah Kari Ikan dan juga Acar Nenas & Timun.

www.liahasty.com
Taiwan Halal Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Kemudian kami dibawa VIP Tour Guide ke Taiwan Halal Pavilion dan seterusnya ke Taiwan Halal Beauty Pavillion. Sempena ini terdapat 6 produk kategori yang nak diperkenalkan iaitu Taiwan Lifestyle, Industry 4.0 & Smart City, Halal Taiwan, Tour Taiwan, Taiwan Healthcare & Green Technology.

Industri Bubble Tea

www.liahasty.com

Bubble Tea, produk popular dari Taiwan, telah melanda Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh itu, sangat penting sama ada penjual bubble tea dapat menawarkan produk halal.

www.liahasty.com
Boba Tea Kuo Jer Enterprise - Taiwan Halal Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Kuo Jer Enterprise turut mengambil bahagian dalam Taiwan Expo 2019 dan memulakan perniagaan bahan-bahan bubble tea kemudian telah memasuk parasan Amerika. Ia juga optimis terhadap potensi perniagaan di negara-negara ASEAN, terutamanya pasaran Islam. Produk Kuo Jer Enterprise adalah halal yang diperakui, di samping kualiti produknya dan juga mengekalkan rasa hormat kepada pengguna Islamnya.

www.liahasty.com
Food Machine Yung Soon Lih - Taiwan Halal Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Yung Soon Lih menumpukan perhatian dalam food machinery dan kemudian membuat smart bubble tea cooker bertujuan mengekalkan mutu pearl untuk penjual bubble tea dan meningkatkan kepuasan pengguna.



Pusat Halal Taiwan adalah sebuah organisasi khusus yang ditubuhkan oleh Perdagangan Luaran Taiwan Majlis Pembangunan Industri Halal. Untuk edisi ketiga Taiwan Expo di Malaysia tahun ini, Taiwan Halal & Bubble Tea Products Pavilion akan ditubuhkan untuk mempamerkan pelbagai produk halal unik rasa Taiwan. Ia pada masa ini merangkumi lima wakil Taiwan halal dan vendor bubble tea: Shih Chen Foods, Yilan Anyong Lohas, Fufann Enterprise, Kuo Jer Enterprise, and Yung Soon Lih Food Machine

www.liahasty.com
Coconut Paste - Taiwan Halal Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
www.liahasty.com
Shanti Premium Silver Perch Essence - Taiwan Halal Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang

www.liahasty.com
Taiwan Halal Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Antara produk yang dipamerkan di pavilion halal adalah minuman teh brewed, SantΓ©
Premium-Silver Perch Essence, coconut paste, bahan-bahan bubble tea, dan periuk pintar untuk membuat "pearl"(tapioca balls) dalam bubble tea

www.liahasty.com
Taiwan Halal Beauty Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
www.liahasty.com
Taiwan Halal Beauty Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Taiwan Halal Beauty Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
 Selain produk makanan Halal yang dipasarkan ke Malaysia, terdapat juga produk kecantikan seperti skincare dan kosmetik Halal. Terdapat banyak produk dan jenama K Beauty dari Taiwan yang turut serta dalam Taiwan Expo 2019.

www.liahasty.com
Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Session di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Anda juga boleh melawat Pavilion lain sempena Taiwan Expo 2019. Terdapat 12 pavilion untuk para tetamu datang berkunjung, Antaranya :
1) Taiwan Smart City Pavilion
2) Taiwan Indigenous’ Hub
3) Taiwan Excellence Pavilion
4) Taiwan Healthcare Pavilion
5) E-commerce Pavilion
6) Excellent Taiwan’s Export Processing Zones
7) Taiwan Green Products Pavilion
8) Taipei Your Partner Pavilion
9) Taiwan Tourism Pavilion
10) Taiwan Beauty Pavilion
11) Taiwan Halal & Bubble Tea Pavilion
12) Taiwan Agriculture Pavilion


www.liahasty.com
Bergambar bersama blogger Penang & Perak di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Untuk maklumat lanjut mengenai Taiwan Expo 2019, boleh kunjungi :


#TaiwanExpoMy # TaiwanExpo2019 #TaiwanHalalBubbleTea #TaiwanHalalBeauty
#WoopyAgency #Wooopers #InfluencerAgency

You Might Also Like

17 inspiration

  1. Dah ramai negara yang take note tentang produk halal. Ini bertujuan meluaskan pasaran kepada orang Muslim. Takde la terhad kepada agama tertentu je kan. Barulah membeli tanpa was-was. Tahniah produk Taiwan

    ReplyDelete
  2. Nampak HALAL menjadi buruan negara-negara membangun. wajib bagi seorang MUSLIM mencari yang halal kerana ia tuntutan agama Islam.

    ReplyDelete
  3. Bagus betul diorang. nampak kesungguhan diorang nak attract kita untuk ke negara diorang melalui SALAM Taiwan ni.

    ReplyDelete
  4. Wahh, dengan adanya expo macam ni, lagilah ramai orang akan ke Taiwan, sebab dah tahu banyak produk HALAL kat sana. Sis tak pernah lagi ke Taiwan, produk Taiwan pun tak tahu yang mana..hehehe. Bagus jugalah adakan taiwan expo, sekurangnya ramai akan mengenali produk dr Taiwan

    ReplyDelete
  5. Pendedahan baik melalui Expo ni. Kalau tak, tak tahu Taiwan pun ada import barang HALAL ke Malaysia. Sekarang ni memamng tgh trending bubble tea tu. Tambah lagi rakyat Malaysia ni mudah je kalau yang viral. Btw, sis blom pi rasa lagi. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Bagus ada expo macam ni. Baru kita boleh alert product mana yang ada halal certificate. Lebih lebih lagi product dari luar negara macam taiwan ni.

    ReplyDelete
  7. Rawlins kagum dengan perkembangan Taiwan dalam industri halal dan juga teknologi. Tahun lepas Rawlins pergi Taiwan, takde la sukar sangat mencari makanan halal.

    ReplyDelete
  8. Sekarang dah makain banyak bubble tea dekat pasaran and baguslah Taiwan ada buat expo macam ni. Adik I pergi taiwan last year tapi dia cakap susah nak cari makanan halal. Harap in the future makin banyak la option makanan halal dekat sana.

    ReplyDelete
  9. Bagus juga ada expo macam ni. Sekurang-kurangnya kita boleh tau mengenai status sesuatu produk dari Taiwan. jadi takde la perasaan was was kan. lagipun bagus untuk industri pelancongan kita dan juga taiwan. hope lebih banyak tempat makan halal kat Taiwan. Mudah la kita nak travel ke sana kannn

    ReplyDelete
  10. Syoknya Lia dekatsana eh. Nad kalau boleh memang nak sangat explore Taiwan Expo ni. Kebetulan pula bubble tea pun memang tengah trending dekat negara kita kan. Some of the pula memang originally from Taiwan, elok lah tuu. Nad percaya banyak lagi kerjasama antara Malaysia dan Taiwan untuk masa akan datang.

    ReplyDelete
  11. This Taiwan Expo looks so Grand and fun! So many interesting events and offer they promote, and bubble tea, hmm my favorite lah ni!

    ReplyDelete
  12. wow !! bestnya pergi ke expo macam nie, macam2 benda kita boleh jumpa. banyak makanan dan inovasi2 yang kita boleh explore dan tahu bila turut serta ke expo mcm nie. great job Taiwan !

    ReplyDelete
  13. Dah sekian lama tak jejak expo macam ni. Best dapat pergi expo ni. Sebab banyak info baru boleh diperolehi. Rupanya Taiwan mengeluarkan banyak produk tanpa kita sedari kan.

    ReplyDelete
  14. I love Taiwan Expo too! so many things to discover, try and also learn from. I was at Taiwan Excellence at Archidex in KL recently.

    ReplyDelete
  15. Of cos la nak halal Bubbles tea kann! Boleh minum tanpa was was. Hehe. Ikan masak kari asam nyonya tu memang marvellous!

    ReplyDelete
  16. sekarang ni viral pasal bubble tea. Bagus bila ada expo halal sebegini, byk yang dapat pengetahuan

    ReplyDelete
  17. Kak pernah pg Expo Taiwan kat KL byk produk Dia dan halal, suka mnm bubb tea mmg sedap

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community