The Flight of Colugo - Tarikan terbaru Zipline & Abseil di Habitat Bukit Bendera Pulau Pinang

July 02, 2019

Salam dan Hai semua,

Pulau Pinang semakin pesat membangun dengan munculnya banyak tempat baru untuk diterokai. Selain terkenal dengan makanan yang lazat dan legend, Pulau Pinang memang tempat pelancong domestik atau international yang datang melawat. Oleh itu, semakin banyak kuantiti pelancong datang negeri pulau mutiara ini.

Lia juga bangga menjadi rakyat Pulau Pinang dan memang seronok nak berkongsi dengan orang luar mengenai my hometown. Semestinya Lia akan syorkan tempat menarik untuk dilawati untuk anda semua.

www.liahasty.com

Sebelum ini Lia pernah updated mengenai The Habitat yang terletak di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Ya Lia memang banyak kali naik Bukit Bendera dan juga pergi melawat The Habitat . Tetapi kali ini The Habitat ada daya tarikan baru untuk dikunjungi.

Apakah daya tarikan terbaru yang ditonjolkan oleh The Habitat ❓

www.liahasty.com

The Habitat terdapat zipline atau sesetengah orang memanggil dengan 'flying fox' yang diberikan The Flight of the Colugo Zip.

Bagaimana untuk pergi ke The Habitat?

Kalau nak ke The Habitat anda masih perlu menaiki keretapi ataupun trem seperti biasa nak ke . Anda perlu membeli tiket untuk dewasa RM6 untuk 1 hala dan RM12 untuk 2 hala. Harga ini untuk warganegara Malaysia dan pastikan anda bawa kad pengenalan sebagai pengesahan.

Keretapi sentiasa ada setiap 30 minit dan perjalanan untuk ke atas bukit mengambil lebih kurang 20 minit. Kalau ada ramai pengunjung kemungkinan mengambil masa agak lama untuk menunggu. Anda juga boleh membeli tiket Fast Lane dengan harga RM40 untuk 2 hala jika anda mahukan perjalanan anda lebih pantas dan diberikan keutamaan untuk naik terlebih dahulu.

Jika sudah sampai ke puncak atas, anda perlu lah berjalan dan mencari kaunter The Habitat berhadapan dengan ruangan lapang Owl Museum. Di sana anda akan di bawa terus ke The Habitat menaiki Buggy ataupun kereta pacuan 4 roda (4x4).

Apa itu The Habitat Pulau Pinang 

Lia tahu masih ramai yang tidak tahu mengenai The Habitat tapi tau mengenai Bukit Bendera

The Habitat di Bukit Bendera adalah tempat untuk pengalaman hutan hujan tropika yang paling lengkap, menarik dan merupakan hutan simpan di Pulau Pinang, Malaysia. Anda akan nampak daya tarikan baru seperti pokok pelbagai jenis yang berumur bertahun yang masih dijaga, gelongsor bukit, hutan hujan yang murni, flora yang subur, haiwan dan batu granit yang sangat besar dan pemandangan yang jauh menjadikan The Habitat menjadi daya tarikan yang mesti dilihat. 

Zipline terbaru 'The Flight of the Colugo Zip' di The Habitat

Pada bulan Disember tahun 2018, The Habitat telah memperkenalkan The Flight of the Colugo Zip untuk orang awam. Ini yang dikatakan daya tarikan baru di selain Nature Trail, Canopy Walk, Tree Top Walk, Fern Garden, Butterfly Bank, Yellow Garden, Purple Garden, Ginger Grove & Fragrant Garden.  Ini merupakan pengalaman kedua Lia melawat ke sini dan semestinya tidak melepaskan peluang dan tak sabar nak cuba zipline terbaru di sini.

www.liahasty.com

The Flight of the Colugo Zip, kursus pengembaraan yang terdiri daripada 5 zipline, 1 abseil dan 1 rope bridge. Dinamakan selepas Sunda Colugo aka The Malayan Flying Lemur, Colugo Zip menawarkan pengunjung cara terbaru untuk mengagumi keindahan hutan hujannya dari perspektif udara. Pengunjung akan mengalami meluncur dari pokok ke pokok melalui hutan hujan seperti Colugo. Renjer yang terlatih akan mengawal pelawat untuk memastikan keselamatan mereka dan memberikan penerangan.

Lia memang suka sangat dengan aktiviti adventure & extreme yang melibatkan hutan. Taklah terlalu berani tapi suka cabar diri untuk mencuba. Yerlahkan kalau kerja mengadap komputer 24 jam dan mengadap bangunan konkrit sepanjang hidup, tak salah sekali sekala masuk hutan dan menikmati keindahan alam sekitar. 


www.liahasty.com
Khemah The Habitat Penang di Dataran Penang Hill
Untuk mencuba The Flight of the Colugo Zip, kali ini Lia tak berseorangan malah berdua bersama blogger dari Perak iaitu Eintan Nurfuzie. Kami menaiki keretapi seawal pukul 8.20 pagi & perjalanan kami lebih kurang 20 minit. Sebelum itu lapik juga perut breakfast dekat foodcourt atas sebelum terus ke khemah The Habitat di dataran Penang Hill berhadapan Owl Museum.

www.liahasty.com
Pengangkutan yang membawa kami dari Dataran Penang Hill masuk ke Habitat
Kami terus menaiki pacuan emapat roda Hilux menuju ke The Habitat. Bila sampai terus cepat lalu Entrance Gate dan bergegas ke kaunter untuk mendapatkan tiket masuk. Kami diberikan tiket dan bandana untuk setiap seorang. Aktiviti kami bermula jam 9.30 pagi & sememangnya kami pilih sesi pagi sebab tak berapa panas dan mahu bergegas ke tempat lain.


www.liahasty.com
Tiket masuk ke The Habitat Penang beserta Bandana
Terdapat enam sesi setiap hari:
✔ Sesi pagi : pukul 9.30 pagi, 10 pagi dan 11.30 pagi. 
 Sesi petang : pukul 12 petang, 3 petang dan 3.30 petang.
Dibuka setiap hari


Accident Waiver & Release of Liability Form
Sebelum memulakan aktiviti setiap orang perlu menandatangani 'Accident Waiver & Release of Liabitiy Form'.

Perlu pakai bandana bagi yang free hair dan rambut panjang
Cara pemakaian Bandana
Jika anda perempuan atau wanita free hair macam Lia, kena pakai bandana dahulu sebelum memakai safety helmet untuk mengelakkan rambut tersangkut atau apa-apa terjadi semasa aktiviti. Cara-cara memakai bandana juga disediakan. Kalau boleh rambut panjang perlu diikat kemas. Jika bertudung terus pakai safety helmet tanpa memakai bandana.

www.liahasty.com
Renjer bertugas akan memakaikan alat keselamatan
www.liahasty.com
Alat keselamatan seperti tali dan topi
Sebelum mula aktiviti adventure macam ini, apa pun safety sangat penting. Kami dipakaikan alat keselamatan seperti tali dan juga topi keselamatan oleh renjer yang bertugas. Memang kami diberitahu faktor keselamatan memang sangat dititikberatkan dan sangat penting untuk para pengunjung. Tali dan topi keselamatan mengikut saiz dan berat badan setiap orang.
Pengenalan ringkas dan arahan sebelum memulakan aktiviti
Kami juga diberikan penerangan ringkas dan juga demo oleh 2 renjer yang bertugas di mini zipline. Kena dengar betul-betul setiap arahan yang dikeluarkan oleh renjer bertugas dan patuh setiap arahan. Antaranya jangan melompat atau lari platform, jangan sentuh garisan, & angkat kaki anda pada saat tibaa.

 Setiap kali pengunjung yang mencuba aktiviti ini, minimum 2 renjer yang akan ikut dan memastikan keselamatan setiap orang. 1 renjer akan pergi dahulu untuk buat pemeriksaan dan 1 renjer akan tunggu di belakang untuk pastikan pengunjung membuat zipline. Untuk satu sesi boleh maksium 8 orang pengunjung.
www.liahasty.com
Bila ada atas platform agak sedikit goyang akibat angin
Ada 9 platform kat sini & setiap kali selepas buat akvititi habis di setiap platform, renjer akan membuat pemeriksaan alat keselematan yang dipakai. Biasalah setiap kali buat aktiviti, tali akan sedikit longgar dan perlu diketatkan.

Honeymoon Zipline
www.liahasty.com
Bergambar di atas platform sebelum memulakan Honeymoon Zipline
First point, kami berdua mencuba Honeymoon Zipline ๐Ÿ‘ญ dimana boleh naik berdua. 

Zipline terpanjang adalah yang pertama, yang dikenali sebagai "Honeymoon Zipline". Ia adalah 80 meter panjang dan satu zipline tandem tunggal, yang bermaksud ia mempunyai kabel berganda - pasangan.


www.liahasty.com
Yeah kami ready nak pegang tangan terbang untuk Honeymoon Zipline
Sesuai untuk orang baru first time mencuba dan ingin merasakan dengan pasangan atau pun kawan. Untuk pasangan baru berkahwin ataupun couple pun boleh mencuba. Sepanjang 80 meter, kami berdua berpegang tangan each other sambil terbang di udara. Kalau tiada pasangan boleh je cuba dengan BFF, kawan baik ataupun adik beradik. Macam kami berdua buat ni lah ๐Ÿ˜‹


The Flight of the Colugo Zip
www.liahasty.com
Terbang di udara di zipline The Flight of Colugo Zip


Selepas "Honeymoon Zipline", kami berdua berjalan dari sana untuk ke platform ketiga dan merasai zipline kedua The Flight of the Colugo Zip. Zipline ini pula perlu dibuat secara individu dimana dilepaskan one by one. Anda dapat rasakan terbang di udara sambil lihat pemandangan dari atas pokok-pokok semulajadi.

Abseiling
.
www.liahasty.com
Gambar dari atas di mana Eintan turun dahulu dengan abseiling

Lia beranikan diri untuk abseiling turun walaupun nervous 

Selepas melalui peenerbangan di zipline kedua dan sampai ke platform ketiga, ini masanya kena get ready turun dari pokok yang tinggi. Alahai yang ini memang Lia fail dari dulu lagi sebab perasaan takut dan nervous. Renjer akan pastikan tali diikat ke daan ditarik slowly turun ke tanah. Perasaan mula agak gementar yerla mana taknya 14 meter kut. Tetapi mula rasa enjoy turun & layan je view sebab rasa tergantung turun secara perlahan-lahan.

www.liahasty.com
Bergambar kenangan di atas platform.
Selesaiabseiling, terus ke platform seterusnya ke bahagian bawah dan terbang ke zipline ketiga. Sampai ke platform ini, kami juga diberi perangan mengenai pokok yang kami berdiri. Pokok tersebut ialah pokok jelutong yang getahnya dibuat chewing gum suatua ketika dahulu. Anda akan rasa platform akan sedikit goyang kerana angin tetapi jangan risau struktur platform masih utuh dan kuat.

The Rope Bridge


www.liahasty.com
Menyeberang The Rope Bridge

Menyeberang The Rope Bridge

Selesai lalui abseiling, terus ke platform seterusnya dan terbang ke zipline ketiga. Kemudian kami menyeberang The Rope Bridge iaitu jambatan tali yang digantung.


www.liahasty.com

Selepas berjalan di The Rope Bridge, kami perlu merentasi dua lagi zipline. Zipline kali ini ialah zipline ke yang keempat.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Yeah sikit lagi dah nak habis Zipline
Pada zipline yang terakhir kami berada di ketinggian 26 meter. Kami juga terbang sambil melalui dan melanggar ranting-ranting pokok & masa yang sama boleh tengok pemandangan indah dari atas.

www.liahasty.com
Kami berjaya menghabiskan semua zipline
Kami sudah selesai pengembaraam dalam hutan dengan terbang bersama zipline The Flight of the Colugo Zip.


www.liahasty.com
Terima kasih untuk renjer kami bernama Fareez dan Fazli. Sentiasa menjaga kami berdua dan memastikan keselamatan kami sepanjang melakukan akitiviti The Flight of the Colugo Zip ini. Memang renjer ini well trained dan sangat recommended servis mereka.

๐Ÿ‘‰Pendapat Lia selepas melakukan aktiviti๐Ÿ‘ˆ



Memang Lia recommend setiap orang untuk datang mencuba sendiri dan menikmati sendiri zipline The Flight of the Colugo Zip dengan suasana semualajadi. Anda dapat melihat sendiri habitat semula jadi. Atleast sekali seumur hidup, lagi-lagi orang Penang.

www.liahasty.com

Dari segi keselamatan, memang Lia puji kerana mereka di sini sangat prihatin dan menitikberatkan memastikan keselamatan pengunjung yang melakukan aktiviti. Setiap kali sampai platform selepas terbang di zipline, alat keselamatan yang dipakai akan sentiasa di semak untuk aktiviti seteruanya.

Sesuai untuk orang dewasan dan juga kanak-kanak. Mereka mempunyai tali keselamatan dan topi untuk saiz kanak-kanak juga. So memang sesuai untuk keluarga yang ingin melakukan aktiviti ini bersama anak-anak.

Harga untuk 'The Flight of the Colugo Zip'

www.liahasty.com

Slot Masa Terhad Tersedia. 
(Tempahan Awal sangat dialukan)
➤ The Full Experience @ RM 104.94
➤ Honeymoon Zip @ RM 31.80

* Harga di atas adalah untuk aktiviti zipline sahaja tidak termasuk tiket masuk ke The Habitat  
Zipline pertama pada pukul 9:30 pagi dan Zipline Terakhir pada jam 4:00 petang.

Tempahan awal dinasihatkan untuk menempah slot masa pilihan & elakkan kekecewaan.

Kami berdua nak mencuba The Flight of the Colugo Zip Anda bila lagi
Buat tempahan sekarang untuk merasakan pengalaman sendiri SEKARANG.

Boleh tengok video ini untuk tahu pengalaman kami berdua ke sana. Jangan lupa SUBSRIBE my youtube channel : www.youtube.com/liahasty


The Flight of the Colugo Zip
The Habitat

Alamat: The Habitat, Bukit Bendera, 11300 Pulau Pinang, Malaysia.
No. Tel : 604 - 826 7677
WhatsApp: +60196457741

Email: inquiry@thehabitat.my

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam
(Kemasukan terakhir pukul 7 malam)

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan media sosial yang lain:

Laman web : http://thehabitat.my/

You Might Also Like

17 inspiration

  1. Naik Bukit Bendera byk kali tapi tak pernah masuk The Habibat ni lagi. Skrg ada tarikan baru pulak. Memang kena naik lagi ni, kali ni kena tinggal budak-budak la haha

    ReplyDelete
  2. Saya tak boleh la aktiviti macam ni sebab gayat. Titi gantung tu pun seram nak naik apatah lagi platform yang berlubang boleh nampak bawah tu. Tak pernah pun ke Habitat tu. Kalau Bukit Bendera tu memang pernah pergi la.

    ReplyDelete
  3. wah! bestnya! nanti kalau ke Penang bolehla try main benda ni, tambah2 lak khai memang suka dengan extreme park macam ni . gayat tapi seronok!

    ReplyDelete
  4. Seronoknya tengok lia buat aktiviti mencabar ni. Membuak buak perasaan nak main zipline juga. Memang jiwa nur ni aktiviti lasak. Tapi mana nak tinggal anak ek. Kecik lagi ni. Lagipun lama dah tinggalkan aktiviti lasak sejak ada anak. Hahaha.

    ReplyDelete
  5. Banyak beza harga full experience dengan honeymoon tu. Kenapa ya? Satu lagi, budak2 boleh masuk tak? Ada game tak untuk budak2? Saya tak boleh tinggal anak2 kalau nak ke mana2

    ReplyDelete
  6. Seronoknya Lia! Akak memang suka akitiviti extreme camni tapi lama nya tak buat.. aritu pergi Penang sekejap je..lain kali kena g lama sket baru boleh explore banyak tempat kan..

    ReplyDelete
  7. Seronoknya buat aktiviti zipline ni..tarikan terbaru kt the habitat ye..dia pya zipline tu mcm dkt escape...

    ReplyDelete
  8. saya yang stay dekat kulim pun takt au pasal the habitat ni. haha teringin nak pgi nanti. sebab mmg dah lama tak buat aktiviti lasak mcm ni. terima kasih share ya ;)

    ReplyDelete
  9. Bestnya dapat buat aktiviti macam nih, nampak seronok sekali lama tak terbang-terbang macam tu... have fun dan enjoy sekali.

    ReplyDelete
  10. Kita baru sekali jer naik bukit bendera penang tu hehehe tu pun masa tu tak ada lagi semua yang panjat-panjat dan juga flying fox tu wakakaka.. Menarik lah lepas ni boleh datang lagi ke Penang dan cuba main semua ni mampu ker entahlah wakakakaka...

    ReplyDelete
  11. best betul..lama tak buat aktiviti macam ni..rindu juga..tunggu anak besar ni baru boleh pergi..hahaa...seronok kalau pergi dengan akwan buat aktivti ni

    ReplyDelete
  12. Ok. Balik Penang nak try yang honeymoon tu la.
    Rawlins memang suka nak main flying fox bagai nie. Best!

    ReplyDelete
  13. Dah banyak kali pergi Bukit Bendera, tapi belum pernah lagi masuk The Habitat. Nampak macam best je ni. Baru tau kat dalam tu ada flying fox ahaha. Kalau tengok dengan surrounding hutan tu dah sama macam Escape pun ada.

    ReplyDelete
  14. Rasanya pernah sekali sampai Bukit Bendera masa kecik dulu. Bestnya The Habitat ni. Lepas ni boleh ajak suami pergi sana. Lama dah tak naik zipline.

    ReplyDelete
  15. Saya sebenarnya seram nak buat aktiviti aktiviti yang bagi adrenaline rush macam ni. Nervous dia lain macam. Tapi bile tengok orang buat, nak jugak buat. Dulu pernah pergi Bukit Bendera. Waktu tu The Habitat baru start bukak. Disebabkan time tu tak banyak lagi The Habitat open, die bukak sikit sikit je, so kiteorang tak masuk

    ReplyDelete
  16. I went to Penang late last year how I wish that had this earlier. It sure looks like a lot of fun. Being close with nature while enjoying the thrilling adventures :D

    ReplyDelete
  17. Wahhhh.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
    Bestnya!
    Teringat masa sek dulu. Pernah la buat sikit aktiviti macam ni.
    Tu pun sekadar buat masa pergi camping macam tu.
    Memang rasa takut mula mula.
    Tapi bila dah cuba, mula rasa seronok.
    Pastu nak repeat buat balik.
    Hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community