Jom Dapatkan Pas Tahunan The Top Penang sempena Experience Penang 2020

October 14, 2019

Salam dan Hai semua, 

www.liahasty.com

Pada 21 September 2019, Lia sempat menghadiri Non-stop celebration untuk Experience Penang 2020 sempena pelancaran of The Top Penang Annual Pass di Atrium, Aras 5, The Top Komtar Penang. Tetamu yang hadir di kalangan media, editor, TV producer dan juga blogger.


Tinggal beberapa bulan lagi, kita akan melangkah masuk ke tahun 2020. Ia merupakan tahun melawat Malaysia dan juga tahun melawat Pulau Pinang. Sempena Experience Penang 2020The Top Penang juga mengambil kesempatan untuk melancarkan pas tahunan untuk para pengunjung.

Mesti ada segelintir pihak yang sudah tahu dan ada masih belum mengetahui mengenai The Top Penang. Jom Lia terangkan terlebih dahulu.

The Top Penang

Menara Hiburan Ikon Tertinggi di Pulau Pinang.
The Largest Indoor Themepark in Penang.

The Top Penang merupakan adalah tarikan terbaru di bangunan tertinggi di Pulau Mutiara, KOMTAR, Pulau Pinang. Taman tema indoor terbesar di Pulai Pinang dengan daya tarikan yang menarik. Memang sesuai bersama keluarga, pasangan dan rakan serta untuk setiap umur. Banyak tempat menarik di dalam taman tema indoor The Top Penang seperti jambatan kaca, akuariam, taman dinasour, museum, kedai makanan, pusat sains dan banyak lagi.

Ini merupakan tempat menarik di The Top Penang :
Rainbow Skywalk, Jurassic Research Center, 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang. Ocean Explorer, Penang Boutique Aquarium, The Gravityz, Penang State Gallery, Durian The King Of Fruits, Tongkat Ali King, Dino Gym, Jelly Bump, Musical Carousel, Magic Mirror Maze, UFO-X, Zombie Outbreak, Dance Oki & ARV.

Pass Tahunan Akses Tanpa Had

Dalam meraikan Experience Penang 2020 yang akan datang, The Top Penang dengan sukacitanya melancarkan The Top Penang Annual Pass (Keahlian Pas Tahunan) yang pertama untuk rakyat Malaysia dan juga untuk ekspatriat yang tinggal di Malaysia.

Kerajaan negeri Pulau Pinang sangat mengalu-alukan lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa ke Pulau Pinang dalam menyokong industri pelancongan negeri. The Top Penang melancarkan pas musim yang sangat berpatutan termasuk melancarkan beberapa aktiviti lain dengan Guest of Honour, YB Yeoh Soon Hin, Exco Tourism Heritage, Culture and Art Committee.

Pelbagai program menarik bakal dianjutkan oleh The Top Penang dan pengunjung jangan lepaskan peluang dapatkan pas tahunan dengan harga istimewa. 

www.liahasty.com

Harga Pas tahunan adalah seperti berikut :
 RM180 bagi dewasa 
RM90 untuk kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas berharga 
RM432 untuk Pakej keluarga (2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak)
RM324 untuk pakej pasangan

Lia sudah beberapa kali ke The Top Penang dan rasa pas tahunan kali sangat berpatutan. Anda hanya bayar dengan kadar satu harga tapi boleh akses di sini selama setahun. 

Sangat berbaloi bukan ❓

Majlis Pelancaran of The Top Penang Annual Pass 

Majlis bermula dengan kedatangan semua tetamu media dan juga ketibaan YB Yooh Soon Hin
Exco Tourism, Heritage, Culture and Art Committee.


Kemudian persembahan dimulakan dengan Welcome Performance oleh kakitangan The Top Penang.
www.liahasty.com


www.liahasty.com

www.liahasty.com
Persembahan mulanya hanya sekumpulan kecil menari kemudian makin lama makin bertambah ramai. Suasana di semakin meriah dengan lagu dan sorakan orang ramai.





Tak ketinggalan watak-watak dan ikon yang berkaitan dengan juga keluar satu persatu. Orang ramai mula mengelilingi untuk mengambil gambar terutamanya kanak-kanak.

www.liahasty.com
Ikon Utama The Top Komtar Penang
Kemudian ucapan kata alu-aluan dari YB Yeoh Soon Hin dan juga Mr Joel yang merupakan Pengarah Pemasaran Kumpulan Olny Group Holding Berhad.

www.liahasty.com
Ucapan dari YB Yeoh Soon Hin, Exco Tourism , Heritage, Culture and Art Committee.

www.liahasty.com
Ucapan dari Mr Joel, Pengarah Pemasaran Kumpulan Olny Group Holding Berhad.
www.liahasty.com
YB Yeoh Soon Hin, Mr Joel & Loke Kah Peng

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Perasmian The Top Penang Annual Pass telah dilancarkan & tanda berakhirnya majlis pelancaran sempena Non-stop celebration untuk Experience Penang 2020’.

www.liahasty.com
Terima kasih atas kakitangan yang menjayakan majlis perasmian The Top Penang Annual Pass.


Sebelum pulang sempat menjamu selera dengan Refreshment bento set bertemakan Halloween.

www.liahasty.com
Lia juga tak lepaskan peluang & sudah dapatkan pas tahunan The Top Penang. Anda bila lagi❓

The Top Penang juga bakal jalankan Halloween Party Terbesar di Pulau Pinang pada 26 Oktober 2019.

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :

#thetoppenang

You Might Also Like

19 inspiration

  1. bestnya. kalau yang duk penang atau perak rasanya berbaloi dapatkan pas ni. weekend pun boleh pegi. harga tu macam okei lah kan untuk setahun.

    ReplyDelete
  2. Wah majlis pelancaran The Top Penang Annual Pass sendiri pun dah gilang-gemilang dan menarik perhatian. Mesti berbaloi beli Annual Pass tu kan lebih jimat kalau nak pergi setiap hujung minggu hee

    ReplyDelete
  3. ermm RM180 untuk setahun ya ampun, berbaloi dah ni kan. Boleh tiap-tiap minggu ke sini kalau kak lily jadi Lia lah kan heheehhe

    ReplyDelete
  4. Berbaloi pass untuk pasangan tu. Boleh dapat macam-macam kan. Murah pun murah. Nanti ke sana boleh Qiss buat pass ni. Senang nak pi bila-bila

    ReplyDelete
  5. seronoknya dapat pi penang makan nasi kandar sambil dapat join aktiviti indoor kat sini. ada pulak pass tahunan ya, memang berbaloilah dengan harganya untuk setahun

    ReplyDelete
  6. Selalu tgk if travel kat oversea je ada pakej mcm ni.. now malaysia pun ada dah.. bayuih baguih

    ReplyDelete
  7. Wow memang berbaloi... baik cuti-cuti di Malaysia saje la...

    ReplyDelete
  8. bagusnya top penang buat promosi ni. Lagi-lagi nak dekat musim cuti sekolah ni mesti ramai orang nak datang melawat penang

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak pg KOMTAR
    ... ini baru tahi kat atas tu ada theme park... mesti amak3 suka ni.

    ReplyDelete
  10. pernah pi skali ke The Top ni. Rasa tak puas sebab kejap je kitorg kat situ. Nampaknya mcm kena pi je lagi. Sape yang berdekatan tu berbaloi amik pas tahunan. boleh pi selalu.. kan kan

    ReplyDelete
  11. Menarik nie.. Nnti blk kg kat pulau pinang leh la ajak anak2, mak n adik2 ke sini nnti.. Mesti diaorg suka terutama anak2 AM..

    ReplyDelete
  12. Menarik pass ni. Banyak temoat boleh terjah dan sangat berbaloi. Apatah lagi kalau pergi dengan famili dengan ada pass x yah beratur pjg betintix kan

    ReplyDelete
  13. ya akkah bila tgk akak pos ni rasa makin membuak2 perasaan nak g penang.insyallah akan sampai juga satu hari nanti

    ReplyDelete
  14. wah ada promosi. teringin nak pergi tapi macam harganya agak mahal haha. in shaa Allah akan share dgn kawan yg stay dekat penang. mana tahu depa nk pi. :)

    ReplyDelete
  15. Wah makin seronok la kalau bercuti ke Penang pasni. Ada tarikan terbaru. Syabas Penang! Sebagai persediaan untuk tahun melawat Pulau Pinang...

    ReplyDelete
  16. Pernah naik atas sekali je. Themepark tak sempat

    ReplyDelete
  17. happening betul majlisnya ya... siap da bus double decker gitu... itu yang menarik minat tu... pas tu pun nampak macam nak kena beli je gayanya ni... kebetulan pulak memang ada plan nak ke Penang insyaAllah hujung tahun ni... Penang, mu tunggu kami mari... hehehehe...

    ReplyDelete
  18. BErbaloi2 harga dia kalo setahun tanpa had tu...p penang nnti nk p laaa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community