Rawatan Kecilkan Liang Pori di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko Juru

March 27, 2020

Salam dan Hai semua,

Rawatan Kecilkan Liang Pori di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko Juru
Rawatan wajah sangat penting bagi Lia dari segi penampilan dan juga keyakinan diri. Bukan sahaja pembersihan wajah perlu dititikberatkan, tetapi rawatan wajah juga sangat penting. Sebelum ini kita merasakan dengan hanya menggunakan pencuci muka kita sahaja kulit dah begitu bersih. Namun jangkaan kita salah, selepas beberapa kali Lia buat rawatan di klinik DR KO Skin Specialist di Penang (AutoWorld), Bandar Juru, Pulau Pinang, barulah Lia tahu masalah kulit yang sebenar.

Klinik Dr Ko Skin Specialiast di Penang (AutoWorld), Bandar Juru, Pulau Pinang
Sebelum ini Lia telah membuat rawatan wajah seperti Pico Toning & Laser Dual Yellow dan membuang jeragat, bintik hitam & pigmentasi. Kali ini pula Lia nak buat rawatan untuk membuang mengecilkan liang pori. Lia tak mempunyai masalah kulit wajah yang teruk tetapi ada beberapa masalah kecil sekitar wajah. Maklumlah umur semakin meningkat, sibuk berkerja, stress, pencemaran dan banyak lagi boleh mengakibatkan masalah kulit wajah. 

Pengalaman Kecilkan Liang Pori Klinik Pakar Kulit Dr. Ko Juru



Setiap kali buat rawatan di mesti anda akan di klinik DR KO Skin Specialist, Penang (AutoWorld), Bandar Juru anda akan disambut oleh kakitangan di kaunter. Anda akan diminta duduk sebentar dan dihidangkan makanan ringan, secawan air (teh, kopi ataupun milo) dan snek (biskut). 


Seperti biasa, semua mulakan rawatan perlu berjumpa doktor Dr Edmond Lau KH untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga jenis rawatan. Kali ini Lia akan membuat rawatan mengecilkan liang pori di sekitar wajah dengan menggunakan laser dengan mesin Discovery Pico Laser Dual Yellow. Lia memang dari dulu ada masalah liang pori terbuka di bahagian hidung, tepi hidung dan sekitar pipi. Banyak produk yang pernah guna untuk hilangkan dan kecilkan pori tapi semuanya tak menjadi. Sometime rasa giveup pun ada sebab bila nampak liang-liang pori yang besar.

Prosedur klinik ini seperti biasa setiap kali pengunjung datang ke sini akan akan dibersihkan terlebih dahulu dari segala solekan dan kekotoran. Masuk ke bilik rawatan, pakai shower cap untuk kebersihan dan baring di atas katil yang disediakan.

Lia memang suka kalau kakitangan disini bersihkan wajah sebab lembutnya dorang gosok kulit kita, sometime rasa nak tertidur pun ada. Sebab sambil bersihkan sambil urut-urut manja di wajah.

Rawatan diteruskan dengan laser dibuat sendiri oleh Dr Edmond Lau KH dengan menggunakan Discovery Pico. Seperti biasa kacamata khas kena pakai untuk nak elak cahaya laser terkena mata.

Gel balm disapukan ke seluruh wajah untuk rawatan laser seterusnya. Bila pakai gel ini memang rasa sejuk je kulit wajah. Cool je 😎

Kali ni salah seorang kakitangan klinik yang membuat rawatan laser dengan menggunakan mesin Laser Dual Yellow. Kacamata khas wajib pakai untuk elak kena cahaya laser.

Kali kedua rawatan laser menggunakan mesin ini agak terasa sakit sedikit bila laser kena kulit muka. Tetapi rasa selamat sebab dah disapukan gel sebelum rawatan. Kulit rasa sejuk walaupun panas kena laser tetapi tetap rasa selesa dan selamat. 

Penghujung rawatan, mask dibancuh dah disapukan di wajah selain lubang hidung dan mulut untuk bernafas. Memang Lia request takmau tutup bahagian mulut sebab rasa senang lagi nak bernafas. Mask ini dibiarkan selama 10 minit dan wajah dibersihkan. Mask ini berfungsi seolah menyejukkan wajah selepas rawatan laser.😆

Result

Sebelah kiri kulit wajah Lia sebelum rawatan. Sebelah kanan pula gambar selepas mendapat rawatan. Memang anda dapat lihat liang-liang pori yang terbuka mula mengecil dan mengecut. Kulit wajah lagi bertambah cerah.

Mungkin dari segi pencahayaan nampak berbeza sebab bergambar di sudut dan tempat yang berbeza.

Ini pula gambar selepas rawatan di bahagian kanan dan kiri kulit wajah.

Korang dah nampak sendiri hasil dan kesan rawatan kecilkan liang pori yang Lia lalui di DR KO Skin Specialist. Untuk anda yang mempunyai masalah liang pori terbuka dan berniat untuk menghilangkannya, memang Lia mengesyorkan untuk dapatkan khidmat nasihat dan membuat rawatan di sini. Dengan pengalaman yang Lia kongsikan, anda sendiri dapat lihat kesannya. 


Lia dah cuba buat rawatan di DR KO Skin Specialist. Anda bila lagi ❓ 

Untuk anda yang ingin dapatkan rawatan kulit di boleh kunjungi cawangan seperti alamat tertera di bawah dan lawat media sosial. 


DR KO Skin Specialist 

Penang (AutoWorld)
PT 1797-1-4A (Plot15A) First Floor, Kompleks Auto World, Jalan Perusahaan Juru Interchange, 13600 Perai, Pulau Pinang

T: +604 5025 240
T: +6013-6704288
F : +604 5027 079

Waktu Operasi :
Isnin hingga Jumaat (10 pagi - 6 petang)
Sabtu (10 pagi - 6 malam)
TUTUP PADA HARI AHAD 

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web & media sosial :

 DR KO Skin Specialist 

You Might Also Like

1 inspiration

  1. hi sis nak tnya, berapa harga package yg sis dpt utk kecilkan liang pori and berapa session selalunya kene buat utk dptkan hasil yg maximum?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community