Rawat kulit Wajah dengan Produk Penjagaan dari Dr Ko

April 13, 2020

Salam dan Hai semua,

Apa khabar semua❓ Semoga sihat agaknya 🙋
Sekarang kita masih dalam fasa 'Perintah Kawalan Pergerakan' (PKP) disebabkan wabak penyakit Corona ataupun dikenali sebagai Covid-19 yang melanda Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita menyahut seruan kerajaan untuk sentiasa berada di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19. 



Seperti entry blogpost yang lalu, Lia telah melakukan rawatan kulit wajah sebanyak 3 kali di Klinik DR KO Skin Specialist di Penang (AutoWorld), Bandar Juru, Pulau Pinang. Antara rawatan yang pernah dibuat seperti  Pico Toning & Laser Dual Yellowmembuang jeragat, bintik hitam & pigmentasi dan Rawatan Kecilkan Liang Pori. Sepanjang rawatan ini memang Lia sukakan hasilnya lebih-lebih cela di kulit wajah makin berkurang dan semakin cerah.

Tetapi semasa PKP, kebanyakkan kedai terpaksa tutup dan hanya beberapa kedai tertentu sahaja dibuka terutamanya kedai menjual makanan dan barang runcit disebabkan keperluan. Sepanjang tempoh PKP juga memang company Lia bekerja pun telah bagi notis untuk 'work from home'. Memang masa banyak dihabiskan di rumah menyiapkan kerja office dan kerja rumah.

Jadi terpaksalah Lia stop sekejap untuk temporary keluar membuat rawatan di klinik DR KO Skin Specialist. Lia risau kulit wajah akan kembali ke masalah kulit asal sekiranya tak dapat rawatan 😐 Lia terus masuk laman web https://drkoskincare.com/ dan decide 👀 untuk membeli beberapa produk dan cuba sendiri di rumah. 

Untuk makluman korang semua, DR KO Skin Specialist ialah  Klinik Pakar Kulit, Estetik dan Laser Terbesar di Malaysia mengikut Books of Record. Ramai yang telah datang buat rawatan di sini termasuklah lelaki dan wanita dan memberikan feedback yang baik dan positif 👍 Termasuk juga produk keluaran mereka yang sering dengar feedback yang sangat bagus tapi belum pernah cuba 💖

Now it's time to try ❗

Jika anda membeli produk secara online sekarang 💻, ada penghantaran PERCUMA ❗🚚

Anda boleh membeli terus dari rumah 🏠 Just stay at home & shop from home

Pembungkusan Produk


Kesemua produk dibalut dengan bubble wrap terlebih dahulu untuk mengelakkan produk rosak dan sampai dalam keadaan selamat. Produk yang dibeli dimasukkkan ke dalam kotak cantik berwarna biru dan dimasukkan dalam plastik kurier untuk proses pengeposan.


Keempat-empat produk ini didatangkan dengan kotak berwarna putih dan sekelilingnya dilabelkan nama produk, kod bar, tarikh luput, maklumat produk, bahan-bahan, cara penggunaan, amaran dan alamat dikilangkan.

Untuk pengetahuan semua, DR KO kini diiktiraf sebagai Penjagaan Profesional Kulit Mesra WUDHU. Ini bermaksud setiap kali membersihkan kulit wajah kita ianya dapat ditanggalkan dengan mudah dengan air sebelum solat. Untuk 4 produk penjagaan kulit ini yang Lia beli dari DR KO adalah produk mesra WUDHU.




Antara produk yang Lia beli secara online ialah Purifying Cleansing Gel, Clarifying Mist, Brightening Age Refined Lotion & Aqua Gel Sunsreen SPF55. Suka dengan packaging yang kemas dengan balutan bubble wrap di luar kotak dan produk di dalam kotak juga dibalut untuk elakkan produk rosak atau kemik. Lia terima bungkusan dengan selamat.

Jom sekarang Lia nak explain satu persatu mengenai produk 👋

Di dalam web terdapat beberapa kategori produk antaranya Dermax Clinicare (produk wajah), KO Dermacare(produk wajah), Kiss Mineral (produk solekan) & Supplements (Vitamin & produk). Lia telah memilih 3 produk KO Dermacare dan 1 produk 3 series.

KO Dermacare 'Purifying Cleansing Gel'


KO Dermacare 'Purifying Cleansing Gel' diperkaya dengan ekstrak enzim botani, membersihkan kulit tanpa menanggalkan permukaan lipid perlindungan semula jadi. Ia juga berkesan memecahkan noda minyak dari solek dan menghilangkan sel-sel kulit mati, menjadikan kulit segar, lembut dan selesa. Ia sangat sesuai untuk jenis kulit normal, kombinasi dan berminyak.

Makeup Removal Function
✅ Suitable for normal to oily skin
✅ For external use only
✅ Wudhu friendly

Bentuk Produk

Produk ini didatangkan dalam bentuk botol memanjang bersaiz 220ml. Saiznya mudah dipegang dan di sekeliling produk dilabelkan nama produk, maklumat produk, cara penggunaan, tarikh luput & berat produk.

Di bahagian atas botol boleh tekan cecair untuk penggunaan selepas plastik dibuka. Produk ini tidak senang tumpah atau bocor.

Tekstur Produk


Tekstur produk ini dalam bentuk cecair berwarna lutsinar, pekat, berbau wangi dan mudah diaplikasi ke wajah.

Arahan
Sapukan satu atau dua titis ke muka dengan gerakan bulatan lembut untuk menghilangkan solekan. Jika perlu, tambahkan lebih banyak gel ke kawasan solekan untuk pembersihan berganda; urut perlahan-lahan dan bilas dengan air suam

Sesuai untuk kulit:
Kulit Kombinasi, Kulit Normal, Kulit Berminyak

Berat : 220ml
Harga : RM 198.00

KO Dermacare 'Clarifying Mist'


KO Dermacare Clarifying Mist adalah formula bebas alkohol yang direka untuk menenangkan kulit yang bermasalah, menyembuhkan luka dan melindungi kulit daripada penceroboh alam sekitar. Ia diperkaya dengan ekstrak tumbuhan yang unik untuk menambah dan memulihkan kulit. Mist juga berfungsi dengan sempurna untuk digunakan selepas solek.

 All skin types
Ideal for Combination, Acne-prone & Sensitive skin
✅ For external use only.
✅ Wudhu friendly

Bentuk Produk


Produk ini didatangkan dalam bentuk botol berpenutup jenis spray bersaiz 65gram. Saiznya yang kecil, mudah dipegang dan di sekeliling produk dilabelkan nama produk, maklumat produk, cara penggunaan, tarikh luput & berat produk.


Buka penutup dan tekan bahagian atas spray terus ke wajah.

Tekstur Produk

Tekstur produk ini dalam bentuk cecair berwarna lutsinar, yang cair seperti air dan mudah meresap selepas spray ke wajah.

Cara Penggunaan
Spray beberapa kali di kawasan wajah dan biarkan ia meresap. Ia diperlukan atau gunakan sebagai asas toning selepas pembersihan muka. Goncang sebelum digunakan.

Sesuai untuk kulit:
Kulit Jerawat, Kulit Kombinasi, Kulit Kering, KO Dermacare, Kulit Berminyak

Berat : 65gm
Harga : RM 120.00

3 Series 'Brightening Age Refined Lotion'


Losyen ringan mempromosikan keremajaan kulit dan membantu melicinkan kulit, mengurangkan penampilan garis-garis halus, kedutan, dan kulit kasar. Pelembap ini mengandungi kepekatan AHA yang ideal walaupun untuk pengguna baru, ditambah dengan kompleks amfoterik untuk memberikan penyerapan yang lebih lembut. Fragrance-free.
 Suitable for use on face
✅ Wudhu friendly

Bentuk Produk

Produk ini didatangkan dalam bentuk botol memanjang bersaiz 30ml. Saiznya mudah dipegang dan di sekeliling produk dilabelkan nama produk, maklumat produk, cara penggunaan, tarikh luput & berat produk.

Buka penutup, picit bahagian atas beberapa titis dan sapukan terus di wajah.

Tekstur Produk

Tekstur produk ini dalam bentuk krim berwarna putih, ringan, tidak melekit, cepat meresap dan mudah diaplikasi ke wajah.

Penerangan produk
Losyen ringan ini menggalakkan perolehan sel dan membantu melicinkan kulit, mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedut di muka.

Cara Penggunaan
Sapukan pada muka dua kali sehari.

Faedah
Mengandungi AHA. Fragrance percuma

Sesuai untuk kulit:
3 Series, Kulit Penuaan, Kulit Normal, Kulit Berminyak

Berat : 30ml
Harga : RM280.00



Ko Dermacare 'Aqua Gel Sunscreen – SPF55'


Sunblock ultra-ringan dan cepat menyerap memberikan SPF55 spektrum UVA / UVB dan penghidratan. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit jenis berminyak.
 Broad Spectrum SPF55
✅ For external use only
✅ Wudhu friendly

Bentuk Produk

Produk ini didatangkan dalam bentuk tiub kecil bersaiz 35gram. Saiznya kecil, mudah dipegang dan di sekeliling produk dilabelkan nama produk, maklumat produk, cara penggunaan, tarikh luput & berat produk.

Buka penutup dan picit sedikit cecair mengikut amaun yang hendak digunakan. Produk ini tidak senang tumpah atau bocor.

Tekstur Produk

Tekstur produk ini dalam bentuk krim berwarna putih, ringan, tidak melekit, cepat meresap dan mudah diaplikasi ke wajah.

Penerangan produk
Formulasi pelindung matahari yang ultra-ringan, berasaskan air dan luas yang memberikan perlindungan yang tinggi terhadap UVA dan UVB.

Cara Penggunaan
Sapukan secara bebas ke muka selepas Pelembap. Diperlukan 15 minit sebelum pendedahan matahari. Sebaiknya, pelindung matahari perlu digunakan setiap hari, walaupun anda berada di dalam bangunan. Sapuan semula setiap 2 jam atau selepas berpeluh berlebihan.

Sesuai untuk kulit:
 Kulit Jerawat, Kulit Penuaan, Kulit Gabungan, Kulit Kering, Kulit Dull, Kulit Normal, Kulit Berminyak

Berat : 35gm
Harga : RM 180.00





Lia dah cuba produk di DR KO Skin Specialist. Anda bila lagi ❓ 

Untuk membeli produk dari DR KO Skin Specialist boleh kunjungi laman web ini  ➤ https://drkoskincare.com/

Untuk anda warga Pulau Pinang yang ingin dapatkan rawatan kulit di boleh kunjungi cawangan seperti alamat tertera di bawah dan lawat media sosial.


DR KO Skin Specialist 

Penang (AutoWorld)
PT 1797-1-4A (Plot15A) First Floor, Kompleks Auto World, Jalan Perusahaan Juru Interchange, 13600 Perai, Pulau Pinang

T: +604 5025 240
T: +6013-6704288
F : +604 5027 079

Waktu Operasi :
Isnin hingga Jummat (10 pagi - 7 petang)
Sabtu (10 pagi - 6 malam)
TUTUP PADA HARI AHAD 

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web & media sosial :

 DR KO Skin Specialist 

#koskinspecialist #drkoskincare #drko #drkoskinspecialist #staysafe #stayhome #shoponline #freepostage #freedelivery #letsfighthtistogether

You Might Also Like

14 inspiration

  1. Laaahhh.. agak berpatutan juga harganya. saya mati2 ingatkan harga ribu riban sebab brand Dr Ko ni famous jugak kan dia punya keberkesanan merawat masalah kulit

    ReplyDelete
  2. selalu nmpk sign KLINIK DR KO tp tkpernh tau sgt die ada produk mesra wuduk...bagusla senang nk cuci..utk yg ada masalah kulit bole la try produk ni

    ReplyDelete
  3. wahh ada dengar ramai juga cakap produk DR KO ni memang efektif. Good to know yang sekarang diorang perkenalkan produk mesra wuduk juga.

    ReplyDelete
  4. Love nya produk Dr. KO ni! Selalu dengar good feedback dari servis yang ditawarkan di Dr. Ko. Lepas ni pengguna boleh rawat muka dengan produk mereka dahulu

    ReplyDelete
  5. ingat ada treatment je, ada produk jugak rupanya. bagus lah. harganya pun reasonable dengan kualiti

    ReplyDelete
  6. Lama teringin nak cuba produk Mr KO ni, tapi duk dengar cakap orang je katanya mahal...tapi bila baca kebagusannya produk dia ni, berbaloi jugaa..nak cubalah...

    ReplyDelete
  7. Wah lia pakai produk Dr Ko.. Bgus produk ni.. Harga dia not bad juga, mampu milik.. Boleh la try juga. Ramai cakp buat rawatan siniok je

    ReplyDelete
  8. Hey dia pakai Dr.Ko lah. Prosuk Dr. Ko ni bagus sangat untuk kulit muka. Memang elok sangat sangat. Mimi nak beli belum berkemampuan lagi.

    ReplyDelete
  9. Mereka yg mempunyai masalah kulit elok juga cuba produk yg dihasilkan oleh seorang doktor. Jenama Dr Ko dah terkenal pasti berkualiti dan mampu rawat masalah anda.

    ReplyDelete
  10. selalu nampak iklan dr ko ni. tak sure berkesan or not ya. thanks sharing

    ReplyDelete
  11. Produk ko.mmg terbaik.. ramai yg review semua bg feedback positif

    ReplyDelete
  12. Raya-raya ni kulit wajah kena cantik dan berseri-seri walaupun raya kat rumah jer hehehee orang perempuan tetap kena VC ngan boyfriend hehehehhe...

    ReplyDelete
  13. Banyak gak baca review produk Dr.Ko ni. majoriti bagi feedback positif..

    ReplyDelete
  14. Wah!!! Menarik ni... tak sangka pula yang harganya merupakan harga mampu milik... kalau dulu dok expect mahal je harga produk Dr Ko ni... boleh la cuba nanti...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Recent in Fashion

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community