Produk penjagaan kulit dari terbakar NUVit Clean Beauty Pristine Eco-Shield Sunscreen SPF50+****

July 14, 2021

Salam dan Hai semua 🙋

NUVit Clean Beauty Pristine Eco-Shield Sunscreen SPF50+****

Tahu tak apa my favorite produk bila bila buat aktiviti outdoor & berjemur di bawah cahaya matahari ❓

Mestilah produk Sunscreen yang melindungi kulit dan kita bebas melakukan aktiviti kegemaran di bawah matahari terik. Sebelum ini Lia ada menggunakan produk Sunscreen NUViT Daily Defender & juga NUViT SunbloX - Minuman Perlindungan kulit luar dari sinar matahari dari NUViT. Kali ini Lia nak cuba produk Sunscreen baru iaitu NUVit Clean Beauty Pristine Eco-Shield Sunscreen SPF50+****

Sunscreen memang produk skincare yang wajib ada pasa setiap wanita. Lia sangat mementingkan sunscreen disebabkan Lia banyak melakukan aktiviti outdoor & banyak berada di bawah cahaya matahari. So memang sunscreen is my bestfriend 👭

NUVit Clean Beauty Pristine Eco-Shield Sunscreen SPF50+****

Untuk anda yang gemarkan aktiviti air seperti snorkeling dan diving, sangat recommend untuk menggunakan NUVit Clean Beauty Pristine Eco-Shield Sunscreen SPF50+****. Ini kerana tak semua sunscreen itu sea friendly (mesra laut). Ada juga produk sunscreen yang lain bahan didalamnya akan merosakan tumbuhan dan hidupan laut.

Hypoallergenic & Eco-friendly protection within your reach.

"Clean Beauty" - Tren Baru Dalam Dunia Kesihatan

 ✔ Mesra Alam
 ✔ Tanpa Kekejaman
 ✔ Kecantikan Tanpa Toksik
 ✔ Bersumber Etika
 ✔ Ringkas & Selamat

Bagaimana Pelindung Matahari Boleh Dianggap Sebagai Mesra Laut

Berdasarkan Kumpulan Kerja Alam Sekitar (EWG), pelindung matahari yang meninggalkan kesan minimal terhadap tubuh manusia dan lautan mematuhi 4 syarat berikut :

✒ Biodegradabel
✒ Produk Bukan Nano
✒ Bukan sembur
✒ Tidak mengandungi bahan bertoksik

Mulai tahun 2021, kerajaan Hawaii A.S. secara rasminya telah melarang penggunaan bahan kimia tertentu. Selain itu, Palau juga telah mengharamkan penggunaan 10 jenis bahan penjagaan kulit sejak tahun 2020.

Mesra Kulit - Mesra Alam

Menampilkan konsep penjagaan kulit yang mesra alam dan ringkas, NUViT Pristine Eco-Shield Sunscreen diformulasikan dengan bahan-bahan hipoalergenik dan mesra alam yang berkualiti tinggi dan selamat untuk kulit dan persekitaran. Selain memberikan perlindungan UV yang spektrum luas, formula yang melembabkan ini menghidratkan kulit secara mendalam dan meremajakan kulit untuk menghasilkan kulit yang sihat dan berseri.

Spektrum Cahaya dan Kesihatan Kulit

Cahaya matahari terdiri daripada beberapa spektrum sinar: sinar ultra ungu (UV), cahaya tampak dan cahaya inframerah. Secara sederhana, cahaya matahari adalah bagus untuk kesihatan, tetapi pendedahan yang kerap boleh menjejaskan kulit dari segi permukaan dan peringkat sel.

Panjang Gelombang Kritikal dan Perlindungan UVA

Panjang gelombang kritikal adalah panjang gelombang di mana pelindung matahari membenarkan penembusan sinar matahari sebanyak 10%. Pelindung matahari dengan panjang gelombang kritikal lebih daripada 370mm dianggap memberikan perlindungan UVA yang baik. NUViT Pristine Eco-Shield Sunscreen mempunyai panjang gelombang kritikal > 386mm yang menunjukkan bahawa ia memberikan perlindungan UVA yang sangat baik ❗

CIRI-CIRI PRODUK

✅ 100% Selamat untuk Terumbu Karang & Mesra Laut
✅ Perlindungan Spektrum Luas
✅ Tanpa Beban dan Kulit Boleh Bernafas
✅ Tidak Berminyak
✅ Tidak Berdigat Komedogenik
✅ Kalis Peluh
✅ Mencerahkan Kulit
✅ Tidak Alergik

 PEMBUNGKUSAN PRODUK

NUVit Clean Beauty Pristine Eco-Shield Sunscreen SPF50+****

Produk NUViT Pristine Eco-Shield Sunscreen ini didatangkan dengan kotak kecil berwarna turquoise. Disekeliling kotak dilabelkan nama produk, keterangan produk, cara penggunaan, bahan dan kandungan, alamat dikilangkan, dan berat produk.

BENTUK PRODUK

NUVit Clean Beauty Pristine Eco-Shield Sunscreen SPF50+****

Produk NUViT Pristine Eco-Shield Sunscreen dalam bentuk botol tiub berpenutup bersaiz 60ml juga berwarna turquoiseDisekeliling produk dilabelkan nama produk, keterangan produk, cara penggunaan, bahan dan kandungan, alamat dikilangkan, dan berat produk. Buka penutup bahagian bawah akan nampak satu tiub untuk picit losyen untuk kegunaan.

TEKSTUR PRODUK

NUVit Clean Beauty Pristine Eco-Shield Sunscreen SPF50+****

 Tekstur NUViT Pristine Eco-Shield Sunscreen dalam bentuk cecair berwarna putih, ringan, & mudah menyerap bila disapukan.

BAHAN DAN KANDUNGAN

Homosalate Polysilicone-15 Zink Oksida Titanium Dioksida MBBT
Memberikan perlindungan sinar UVA, UVB dan cahaya biru.

Ekstrak Timun
Penuh dengan nutrien yang menyuburkan dan menghidratkan kulit 

Ekstrak Chamomile
Menenang dan menyegarkan kulit sambil melegakan kulit daripada tekanan persekitaran

CARA PENGGUNAAN

NUVit Clean Beauty Pristine Eco-Shield Sunscreen SPF50+****

Sapukan amaun yang sesuai pada seluruh muka dan leher sebelum melakukan aktiviti luar. Sapu semua setiap 2 jam atau sejurus selepas berenang atau berpeluh,

Harga :
60ml @ RM 68.00

WHERE TO BUY

NUVit Clean Beauty Pristine Eco-Shield Sunscreen SPF50+****

Anda boleh dapatkan produk NUViT Pristine Eco-Shield Sunscreen terus di laman web 🠊 KLIK SINI

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :

📎 Laman web : http://www.nuvit.com.my/

📎 Email : nuvit@yspsah.com

📎 No. Telefon : +6012 4974 288

#NUViT #Skincare #PristineEcoShieldSunscreen #OceanFriendly #ReefSafe #CleanBeauty #NoPlasticPollution #BeRealBeYou

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community