FAMTRIP ke Magic World Penang, Malayan Culture Magic Show, Ghost Museum dan Ice Café Pulau Pinang

August 24, 2019

Salam dan Hai semua,


Pada 7 Ogos yang lepas, Lia berkesempatan menghadiri jemputan Lawatan Familiarisation Trip (FAMTRIP) ke empat (4) lokasi menarik dan popular di Pulau Pinang iaitu Magic World Penang, Malayan Culture Magic Show, Ghost Museum dan Ice Café. Ini merupakan kali ke empat Lia pernah menjejakkan kaki ke semua lokasi ini tetapi belum lagi ke Malayan Culture Magic Show.


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) juga turut memberikan pengiktirafan lesen kualiti pelancongan (MyTQA) kepada produk-produk ini kerana mereka telah mempamerkan kualiti dan memberi keunikan kepada pengujung. 

Lawatan Fam Trip ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkenalkan keunikan produk pelancongan yang semakin tular di Pulau Pinang di samping memberikan pengalaman baru kepada pengunjung dalam menerokai pengalaman baru Magic World PenangMalayan Culture Magic ShowGhost Museum dan Ice Café. Pertemuan dua hala ini dapat mewujudkan kerjasama antara pihak Ghost Museum dan dapat memberi pendedahan serta menarik minat pelancong untuk melihat budaya rakyat Malaysia dalam konteks yang lebih interaktif dan unik.




Upacara bermula pada pukul 10 pagi dimana kami media, blogger dan travel agent berkumpul di hadapan Ghost Museum. Tetamu daftar terlebih dahulu di kaunter bersama Cik Mawar Shukor. Kata-kata ucapan dan aluan juga turut diberikan sebelum acara bermula. Kami dipecahkan ke beberapa kumpulan untuk memasuki Ghost Museum terlebih dahulu.

Ghost Museum



Lebih kurang 20 minit kami berkesempatan untuk tour di dalam Ghost Museum. Kami juga sempat bergambar dengan beberapa costume dan juga latar belakang yang sangat menakutkan. Untuk makluman semua, ini adalah Ghost Museumdan bukannya Ghost House di mana ramai yang salah tafsir. Ghost Museum memang tarikan pelancong tempatan dan luar negara untuk melawat dan mengenali jenis hantu.
















Ada koleksi hantu dari Malaysia, China, Egypt (Mesir), Pirate, Dracula, Halloween, Japan, & Witch House.

Malaysia (Mykad holder only)
- Adult - RM 18
- Children - RM 10

Foreigner (Non MyKad)
- Adult - RM 28
- Children - RM 16

Ghost Museum
Alamat : 57, Lebuh Melayu, 10300 Georgetown, Penang
Waktu Operasi : 10 am - 7 pm (Setiap hari)

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai , boleh baca di sini 🠞 Jom Ramah Mesra bersama Hantu di Ghost Museum, Pulau Pinang

 Magic World Penang









Kemudian kami bergegas ke Magic World Penang untuk acara seterusnya. Kami juga diberi penerangan di hadapan muzium dan dikehendaki download aplikasi "Amazing Studio" untuk merasakan sendiri pengalaman AR Augmented Reality Experience. Anda hanya perlu buka aplikasi, tekan Play, tujukan pada logo Amazing Studio dan anda dapat lihat sendiri grafik 3D pada smartphone anda. Ada 4 jenis grafik yang dipaparkan. Anda juga boleh menggunakan WIFI di sana untuk download & menggunakan aplikasi sepanjang berada di sana. 





Untuk makluman anda, Magic World Penang telah menaiktaraf dan mengemas kini muzium interaktif ini dengan pelbagai produk baru dan salah satunya Malayan Culture Magic Show. Memang berbeza lawatan Lia kali ini dengan sebelum ini terdapat beberapa benda baru yang ditonjolkan.

Kami juga sempat bergambar dengan latar belakang unik yang terbalik sepanjang berada di sana. 

Malaysia (Mykad holder only)
- Adult - RM 16
- Children/Student/Senior - RM 9
- Chilren below 100cm - FREE

Foreigner
- Adult - RM 27
- Children/Student/Senior - RM 16
- Chilren below 100cm - FREE

Magic World Penang
Alamat : 193, Lebuh Victoria, 10300 Penang
Waktu Operasi : 10 am - 7 pm (Setiap hari)

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai , boleh baca di sini 🠞 Muzium Interaktif Magik Pertama di Magic World, Phantamania

Ice Café
Selepas selepas, kami singgah kawasan Ice Cafe untuk short break & mendengar sedikit penerangan. Kami naik ke bahagian tingkat atas untuk Malayan Culture Magic Show.

Tiket masuk ke Ice Cafe adalah PERCUMA

Ice Cafe
Alamat : 193, Lebuh Victoria, 10300 Penang
Waktu Operasi : 10.30 am - 10.30 pm (Setiap hari)

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai , boleh baca di sini 🠞 Keunikan hidangan pencuci mulut berkonsepkan Ais di Ice Cafe, Pulau Pinang

Malayan Culture Magic Show


Ini merupakan tarikan baru yang di tonjolkan oleh Magic World PenangMalayan Culture Magic Show merupakan Live Magic Show & hanya di Pulau Pinang. 



Showtime:
Magic Show
Isnin hingga Ahad (kecuali hari Rabu)
12.00pm, 2.30 pm & 5.00pm

Alamat : 193, Lebuh Victoria, 10300 Penang
Waktu Operasi : 10 am - 7 pm (Setiap hari)

Terima kasih kepada Tourism Malaysia-Northern Region & juga pihak Ghost MuseumMagic World Penang atas jemputan ini. 

Acara terakhir kami di bawa makan tengah hari ke Nazeera Penang Science Cluster di Georgetown, Kemudian acara selesai dan semua pulang.

 #magicworld #ghostmuseum #icecafe #cuticutimalaysia #vm2020 #tourismmalaysianorthernregion #trulyasia #motac #tourismmalaysia #malaysiatourism

You Might Also Like

2 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community