Rawatan Brightening & Open Pore di Klinik Pakar Dr Ko Juru
November 02, 2020Salam dan Hai semua,
Sebab apa Lia katakan rawatan Brightening & Open Pore kali ni agak berbeza & tak sama dengan rawatan yang lain kerana bagi Lia rawatan kali agak mencabar & perlu tabah 💪Tetapi hasilnya kulit lebih terawat dan bertambah cantik. Nak tahu apa yang yang dikatakan berbeza ini, jom baca dengan lebih lanjut.
Rawatan Brightening & Open Pore di Klinik Pakar Dr Ko Juru


Seterusnya kulit muka disapukan dengan gel terlebih dahulu untuk menahan rasa sakit bila rawatan laser. Fungsi gel ini juga adalah untuk tahan kalis laser masa rawatan. Kesakitan semasa rawatan juga dapat dikurangkan. Inilah fungsi gel ini yang buatkan kulit yang rasa tebal dan kebas sementara ini bertujuan mengurangkan rasa sakit akibat laser.
Seterusnya rawatan Brightening & Open Pore bermula dan dibuat sendiri oleh Dr Edmund Lau. Rawatan Brightening & Open Pore biasanya sekitar 20 hingga 30 minit dan menggunakan mesin laser teknologi baru Discovery Pico.
Sebelum tu Lia nak explain sedikit mengenai Discovery Pico
Apakah Discovery Pico❓
Discovery Pico adalah seperti pemadam menghilangkan masalah kulit. Ianya adalah rawatan laser terkini dan termaju untuk memadamkan & menghilangkan tatu, pigmentasi, ketaksekataan kulit dan tanda-tanda penuaan. Mesin laser ini diimport dari Italy, teknologi baru Discovery Pico menggunakan denyutan yang paling pendek dalam pasaran, yang diukur dalam unit pikosaat untuk menghilangkan pigmentasi dari bahagian dalam kulit, memberikan anda kulit yang cerah, dengan hasil yang selamat dan selesa.


![]() |
0 inspiration