Rawatan Brightening & Open Pore Part 2 di Klinik Pakar Dr Ko Juru

 Salam dan Hai semua,

Kalau korang yang mengikut perkembangan blog Lia dimana sudah jalani rawatan kulit wajah di Klinik Pakar Kulit DR KO Skin Specialist di Penang (AutoWorld), Bandar Juru, Pulau Pinang hampir setahun. Pelbagai rawatan yang telah dicuba seperti rawatan pico toning & laser, rawatan buang jeragat, bintik hitam & pigmentasi, rawatan kecilkan liang pori, GentlePeel dan Brightening & Open Pore.

Sebab apa Lia suka sangat buat rawatan DR KO Skin Specialist di klinik cawangan Penang (AutoWorld), Bandar Juru ini kerana kelengkapan mesin yang agak lengkap untuk semua rawatan, mempunyai bilik yang banyak dan besar, ruangan menunggu yang luas, layanan kakitangan yang baik & semestinya mengikut SOP yang ditetapkan.

Rawatan Brightening & Open Pore Part 2 di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Untuk rawatan kali ini Lia nak berkongsikan pengalaman rawatan Brightening & Open Pore untuk kali kedua. Seperti biasa akan datang rawatan seperti biasa dan berjumpa dengan Dr Edmund Lau., akan tetapkan rawatan jenis apa untuk kulit wajah Lia. 

Rawatan Brightening & Open Pore Part 2 di Klinik Pakar Dr Ko Juru

DR KO Skin Specialist di klinik cawangan Penang (AutoWorld), Bandar Juru mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Sebelum masuk ke klinik, perlu scan My Sejahtera & juga scan suhu di hadapan klinik. Sementara menunggu giliran berjumpa doktor, pelanggan akan diberikan minuman dan makanan ringan untuk sebelum rawatan. Atleast dapatlah lapik perut dan takdelah perut kosong semasa rawatan.

Selepas berjumpa dengan doktor dan sudah ditetapkan rawatan apa yang hendak dibuat, kakitangan di sini akan membawa masuk ke bilik rawatan. Di bilik ini boleh menyimpan barang peribadi, perlu memakai shower cap untuk tujuan kebersihan dan baring di katil yang disediakan. Sebelum rawatan biasanya kakitangan di sini akan membersihkan segala solekan dan kekotoran wajah. 

Rawatan Brightening & Open Pore Part 2 di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Rawatan Brightening & Open Pore Part 2 di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Sebelum rawatan laser biasanya kulit muka disapukan dengan gel untuk menahan rasa sakit bila rawatan laser. Gel ini berfungsi untuk tahan kalis laser masa rawatan. Kesakitan semasa rawatan juga dapat dikurangkan.

Rawatan Brightening & Open Pore Part 2 di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Selepas gel disapukan, muka dibalut dengan plastik dan dibiarkan selama 20 minit. Selepas 20 minit, plastik dibuka dan muka dibersihkan sehingga bersih. Muka rasa tebal, rasa tebal & kebas sedikit bertujuan mengurangkan rasa sakit akibat laser.

Rawatan Brightening & Open Pore Part 2 di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Seterusnya rawatan Brightening & Open Pore bermula menggunakan mesin laser teknologi baru Discovery Pico sekitar 20 hingga 30 minit. 

Rawatan Brightening & Open Pore Part 2 di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Rawatan  Brightening & Open Pore menggunakan mesin laser Discovery Pico. Mata akan ditutup dengan kacamata 😎 yang disediakan dan seperti biasa shower cap sentiasa pakai untuk kebersihan. Kalau anda tak tahan sejuk dalam bilik rawaatan, boleh kenakan selimut yang disediakan.

Rawatan Brightening & Open Pore Part 2 di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Semasa rawatan kena tahan sikit sakit terkena cahaya laser daripada mesin Discovery Pico. Memang kita dah disapukan gel bagi kebas, tetapi rawatan ini cahaya laser agak kuat berbanding rawatan laser lain. Apa pun bersabar sekejap sebab kulit tengah proses nak cantik tu😄 Jangan risau kakitangan disini cekap dan berhati-hati semasa rawatan, kalau sakit boleh bagitau mereka akan berhenti seketika dan buat perlahan-lahan.

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu Discovery Pico dan jom Lia nak explain sedikit mengenainya. 

Apakah Discovery Pico❓
Discovery Pico adalah seperti pemadam menghilangkan masalah kulit. Ianya adalah rawatan laser terkini dan termaju untuk memadamkan & menghilangkan tatu, pigmentasi, ketaksekataan kulit dan tanda-tanda penuaan. Mesin laser ini diimport dari Italy, teknologi baru Discovery Pico menggunakan denyutan yang paling pendek dalam pasaran, yang diukur dalam unit pikosaat untuk menghilangkan pigmentasi dari bahagian dalam kulit, memberikan anda kulit yang cerah, dengan hasil yang selamat dan selesa.

Bagaimana ia berfungsi
Cahaya laser Discovery Pico disasarkan kepada pigmen yang tidak diingini, yang sepadan dengan panjang gelombang laser tertentu dalam denyutan pikosaat yang ultrapendek. Denyutan ini memecahkan pigmen menjadi partikel yang sangat kecil, yang kemudiannya disingkirkan dengan mudah melalui proses semula jadi tubuh

Mengapa Memilih Rawatan Discovery Pico
Discovery Pico ialah alternatif utama kepada kaedah pembuangan tatu tradisional ataupun masalah kulit wajah dengan menggunakan laser. Ia lebih lembut, lebih baik, lebih cepat dan lebih kuat berbanding penyelesaian laser yang lain.

Discovery Pico sesuai untuk :
👉 Tatu berwarna
👉Pigmentasi
👉Bintik-bintik kulit
👉Tanda-tanda penuaan
👉Ketaksekataan kulit

Rawatan Brightening & Open Pore Part 2 di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Selepas rawatan laser, memang agak sakit sedikit tetapi untuk proses penyejukan kulit wajah
kakitangan di sini terus bancuh dan sapukan mask ke wajah. Kulit akan rasa sejuk dan tenang seketika. Mask dipakaikan selama 20 minit.  Kita boleh berehat sebentar ataupun nap time sekejap sambil tenangkan minda & fikiran. Lia selalu request mask tak tutup hidung dengan mulut sebab nak bernafas senang 😋

Done my treatment 😍 Keseluruhan rawatan Brightening & Open Pore ambil masa lebih kurang 1 - 2 jam.





Selepas rawatan Lia tunggu sekajap kat dalam bilik ruangan menunggu. Sementara nak tunggu urusan kitangan nak dapatkan krim DMC & ada produk yang beli dari Dr. Dah lama Lia tak datang klinik sebab PKPB rupanya dah ada ruangan menunggu baru di sebelah. Lagi besar, luas & selesa & pelanggan klinik juga boleh menjamu secawan teh, kopi atau coklat dengan makanan ringan biskut.

Lia juga ada beli Body Wash dari DR KO sebab dah lama teringin nak pakai sebab kulit badan jenis sensitif dan alergik. Anyway produk keluaran DR KO ini sangat bagus sebab dah pernah produk penjagaan kulit wajah sekarang nak cuba Body Wash pula. Kalau korang berminat nak cuba boleh layari laman web dan lihat sendiri. 


Derma membrance cream (DMC) akan diberikan untuk disapukan sepanjang tempoh selepas rawatan. Biasalah setiap kali rawatan mesti lah ada kesan downtime sementara kulit nak bertambah baik. Bila rasa tak selesa ataupun gatal terus sapukan krim. Sepanjang tempoh baikpulih kulit, Lia hanya dibenarkan mencuci wajah dengan cleanser dan apply sunblock sahaja selain. Hanya dibenarkan mengggunakan 3 produk ini sahaja sepanjang tempoh ini sehingga kulit dah kembali pulih. Semestinya Lia pakai produk dari Dr Ko sendiri iaitu Purifying Cleansing Gel & Aqua Gel Sunsreen SPF55.

RESULT, REVIEW & VERDICT

Lia nak berkongsikan juga gambar testimoni selepas menjalankan rawatan.

Ini adalah gambar kulit wajah sebelum rawatan dibuat.

Selepas rawatan
Rawatan Brightening & Open Pore Part 2 di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Ini adalah gambar wajah sejurus selepas treatment. Kulit muka jadi merah macam terbakar & rasa sakit sedikit selepas rawatan laser. Muka akan rasa suam panas tapi selepas 1 jam kulit akan kurang rasa sakit dan merah pun akan hilang. Rawatan ini memang ambik masa beberapa hari ikut kulit wajah setiap induvidu jugak. Selepas beberapa hari kulit akan pulih dan elok, kemerahakan akan hilang perlahanplahan. So tak sabar nak tunggu hasil kulit cantik 😋

Hari Pertama (1)

Hari pertama selepas rawatan kulit kemerahan sudah berkurangan. Tetapi rasa macam gatal-gatal masih ada cuma jangan gatal tangan nak garu hanya sapukan krim DMC. Penggunaan sumblock dibenarkan selaim krim DMC.

Hari Kedua (2)

Hari kedua kemerahan sudah mulai hilang tetapi masih rasa sama tetap rasa gatal. Masih sapu krim DMC dan aplikasi sunblock.

Hari Ketiga (3)

Hari ketiga kemerahan sudah sepenuhnya hilang tetapi masih hanya rasa gatal sedikit sahaja di beberapa kawasan. Tetapi dah boleh nampak kulit wajah semakin baik dan elok.

Hari Kelima (5)



Inilah hasil selepas beberapa hari rawatan kulit wajah Brightening & Open Pore. Pada mulanya selepas rawatan kulit jadi kemerahan seperti terbakar tetapi hari demi hari menunjukkan kesan yang memberansangkan. Setiap hari tengok cermin lihat sendiri kulit wajah bertambah cerah dan cantik. Tekstur kulit semakain elok dan masalah kulit pun berkurangan.

Tempoh baikpulih kulit selepas rawatan Brightening & Open Pore ini tak sama. Ada yang ambil masa beberapa hari sahaja ada juga seminggu, bergantung kepada individu dan juga jenis kulit.


Rawatan Brightening & Open Pore Part 2 di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Lia dah cuba buat rawatan di DR KO Skin Specialist. Anda bila lagi ❓ 

Nak tau mengenai rawatan kulit wajah yang lain  ❓
Anda juga boleh membaca pengalaman Lia sepanjang rawatan di Klinik Dr Ko 👇👇👇

Untuk anda yang ingin dapatkan rawatan kulit di boleh kunjungi cawangan seperti alamat tertera di bawah dan lawat media sosial. 

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru

DR KO Skin Specialist 

Penang (AutoWorld)
PT 1797-1-4A (Plot15A) First Floor, Kompleks Auto World, Jalan Perusahaan Juru Interchange, 13600 Perai, Pulau Pinang

T: +604 5025 240
T: +6013-6704288
F : +604 5027 079

Waktu Operasi :
Isnin hingga Jummat (10 pagi - 7 petang)
Sabtu (10 pagi - 6 malam)
TUTUP PADA HARI AHAD 

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web & media sosial :

 DR KO Skin Specialist 

Post a Comment

0 Comments